Strategi Perang mengandungi kebijaksanaan yang terdapat di dalam sejarah peperangan. Sejarah ini bertujuan untuk menambah pengetahuan anda dengan pengetahuan yang praktikal serta memberi anda pilihan yang banyak serta kelebihan yang terdapat pada setiap situasi untuk memudahkan hidup anda.
Setiap strategi bertujuan untuk membantu anda menyelesaikan masalah yang seringkali dihadapi oleh anda dalam kehidupan. Antara masalah dalam peperangan ialah:
- Berperang dengan memiliki tentera yang tidak bermotivasi
- Menghabiskan banyak tenaga dan masa dalam peperangan
- Mengatasi perselisihan faham dan konflik yang terjadi
- Perbezaan antara perancangan dan realiti anda
- Terperangkap dalam situasi yang tiada jalan keluar
- dan lain-lain lagi.
Walaupun anda cuba untuk mengelakkan peperangan, semua strategi perang mengandungi strategi defensif yang membuatkan anda berwaspada terhadap pergerakan "musuh" anda.
Strategi-strategi perang bukanlah satu doktrin atau formula yang sentiasa perlu dilakukan tetapi ianya akan menjadi pembantu anda pada situasi-situasi yang tertentu.
Semua strategi diambil daripada rekod yang dicatat dan dilakukan oleh general-general dan pakar strategi berdasarkan kepada strategi klasik dan tidak konvesional seperti:
- Alexander The Great
- Hannibal
- Genghis Khan
- Napoleon Bonaparte
- Shaka Raja Zulu
- William Techumseh Sherman
- Erwin Rommel
- Vo Nguyen Giap
- Sun-Tzu
- Miyamoto Musashi
- Carl von Clausewitz
- Ardant du Picq
- T. E. Lawrence
- Colonel John Boyd
Strategi-strategi perang yang sesuai dalam kehidupan harian terbahagi kepada 5 bahagian:
- Bagaimana untuk menjadikan minda anda bersedia dan bersemangat untuk berperang
- Bagaimana untuk menyusun dan memotivasikan tentera
- Strategi bertahan
- Strategi menyerang
- Strategi tidak konvesional
Setiap strategi mengambil contoh bukan sahaja daripada sejarah peperangan tapi daripada bidang:
- Politik
- Kebudayaan
- Sukan
- Perniagaan
- Hubungan Manusia
Strategi-strategi ini bukan sahaja dapat membantu anda untuk mengubah cara anda berfikir malahan membantu anda untuk mengubah pendekatan yang anda ambil dalam kehidupan seharian.
Kita mempunyai pelbagai pengalaman dalam kehidupan seharian tetapi kita mungkin tidak menganalisis pengalaman kita.
Strategi bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan anda untuk memberikan perhatian yang serius namun menarik untuk dipraktikkan.
Kita hidup dalam dunia yang mengangkat nilai demokratik di tempat yang tertinggi, kita tinggal dalam dunia ini berdasarkan kumpulan (negara), dan tahu bagaimana untuk bekerjasama dengan orang lain.
Kita diajar daripada awal kehidupan bahawa sesiapa yang suka berperang dan agresif perlu membayar dengan harga yang mahal - tidak popular dan diasingkan.
Nilai harmoni dan kerjasama secara halus antara semua negara mengekalkan keamanan. Masalah kepada kita ialah kita dilatih dan bersedia untuk mengekalkan keamanan dan kita semua (rakyat biasa) tidak bersedia untuk berhadapan dengan apa yang terdapat di dunia nyata iaitu peperangan.
"Biarkan orang yang inginkan keamanan bersedia untuk menghadapi peperangan,"
- VEGETIUS, 4 Masihi
Peperangan wujud dalam beberapa tahap. Nyatanya, kita mempunyai musuh yang sentiasa menunggu kesempatan yang ada. Semakin hari persaingan antara negara menjadi bertambah sengit dan buruk.
Dalam politik, perniagaan, sehinggalah kepada bidang seni, kita mempunyai lawan yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mengatasi diri kita.
Masalah menjadi bertambah buruk dan rumit dengan kewujudan musuh dalam selimut. Musuh dalam selimut mungkin bekerjasama dengan musuh kita yang lain dengan bersetuju dan mesra dengan kita namun akan melakukan sabotaj yang tidak kita jangka dan menggunakan peluang yang ada pada mereka untuk meneruskan agenda mereka.
Selain itu, perkara yang paling sukar untuk dijangka ialah kita berperang dengan bantuan daripada rakan sekutu yang berjanji untuk menawarkan pertolongan tetapi tidak memberikan pertolongan apabila tiba waktunya.
Pada zahirnya, semua perkara kelihatan cukup baik, namun jika diteliti dengan lebih dalam ianya merosakkan hubungan semua pihak.
Orang ramai mungkin menafikan realiti yang berlaku apabila kita bercerita namun kita tahu dan merasainya dalam hati kita bahawa ia sememangnya berlaku.
Ianya bukan mengenai diri kita dan rakan-rakan yang gagal untuk mewujudkan keamanan tetapi ianya disebabkan kita tidak dapat membantu dengan cara kita hidup didalam dunia ini.
Namun kita sering mendengar cerita yang mustahil untuk kita berpura-pura tidak mengetahui apa yang berlaku.
Pada masa lalu, kita boleh menjangka kerajaan atau golongan bangsawan yang dapat memberi keamanan, namun pada hari ini, kita perlu melindungi diri kita dan apa yang kita miliki dengan tanggungjawab dari diri kita sendiri.
Apa yang kita perlu lakukan bukanlah sesuatu yang mustahil dan diluar kemampuan untuk memiliki keamanan. Apa yang kita perlukan ialah pengetahuan yang praktikal dan bagaimana untuk mengatasi konflik yang timbul dalam kehidupan.
Pengetahuan yang diperlukan bukanlah pengetahuan untuk mendapatkan apa yang kita mahu atau melindungi diri kita tetapi bagaimana untuk menjadi lebih rasional dan strategik apabila berlakunya konflik yang seterusnya membuatkan kita bersikap dengan agresif dan bukannya menafikan terdapat konflik dalam kehidupan kita.
Pengetahuan ini perlu ada pada setiap pakar strategi - lelaki atau perempuan yang dapat mengendalikan situasi yang sukar dan cekap serta mahir mengendalikan angkatan bersenjata.
"Strategi adalah perkara yang melangkaui bidang Sains. Ianya adalah penggunaan pengetahuan praktikal untuk hidup, menggunakan kecekapan fikiran yang memberi cahaya panduan untuk setiap perubahan dalam situasi. Strategi merupakan seni untuk bertindak dalam keadaan yang tertekan dan sukar."
- HELMUTH VON MOLTKE, 1800–1891
Ramai ahli psikologi dan sosiologi tidak bersetuju bahawa masalah akan selesai menerusi konflik dan perbezaan yang nyata ialah masalah akan selesai dengan berdamai.
Kejayaan dan kegagalan kita dalam hidup boleh diketahui dengan cara bagaimana kita bertindak apabila terdapat konflik dalam hidup kita.
Cara yang biasa digunakan oleh ramai orang ialah untuk menjauhkan diri daripada sebarang konflik dan memberikan kesan emosi kepada mereka untuk jangka masa yang panjang.
Perkara seperti ini berlaku kerana mereka berada dalam keadaan tidak rasional semasa sesuatu situasi berlaku dan lebih malang lagi menyebabkan situasi itu menjadi semakin buruk. Pakar strategi bertindak sebaliknya.
Mereka berfikir untuk matlamat jangka panjang, memutuskan peperangan apa yang dapat dielakkan dan tidak dapat di elakkan - tahu bagaimana untuk mengawal dan memfokuskan emosi mereka.
Apabila terpaksa bertempur, mereka menggunakan angkatan bersenjata dengan sama ada dengan cara yang dapat dilihat atau halus dan membuatkan pergerakan mereka sukar untuk dikesan. Dengan cara ini mereka dapat mengekalkan keamanan dari sudut politik.
Peperangan yang ideal dan rasional yang dapat kita tahu ialah melalui sejarah peperangan dimana seni strategi di bentuk dan diubahsuai. Pada peringkat awal, tidak semua peperangan menggunakan strategi.
Peperangan berlaku di antara suku kaum purba dengan cara yang ganas - ritual untuk seseorang individu menunjukkan kegagahan. Kemudian orang purba menjadi semakin berkembang dan membentuk sebuah negeri atau negara.
Mereka mula menyedari peperangan mengakibatkan banyak kerugian. Antaranya dengan kematian dan gaji yang perlu dibayar kepada anggota tentera.
Gaji yang dibayar kepada tentera menyebabkan kerajaan yang memerintah terpaksa menanggung beban yang tinggi.
Kemudian orang purba mula berperang dengan cara yang rasional.
Maksud Strategi
Perkataan "strategi" datangnya dari zaman Greek purba iaitu "strategos" yang membawa maksud kepada "pemimpin tentera".
Dalam konteks ini, strategi merupakan seni untuk memimpin seluruh anggota tentera semasa peperangan, memutuskan formasi apakah yang perlu digunakan, tempat untuk berperang, angkatan bersenjata mana yang perlu diberi tanggungjawab yang spesifik.
Apabila pengetahuan semakin berkembang, pemimpin tentera membuat penemuan bahawa semakin banyak mereka berfikir dan membuat perancangan, semakin tinggi kemungkinan untuk mereka berjaya.
Strategi yang baru membantu mereka untuk mengalahkan musuh yang jauh lebih ramai dan kuat. Antara sejarah peperangan yang terkenal ialah kejayaan Alexander The Great menakluk empayar Persia.
Apabila berhadapan dengan musuh yang turut menggunakan strategi, mereka bergantung kepada situasi untuk memberi kelebihan kepada mereka.
Pemimpin Tertinggi Tentera akan membuat lebih banyak strategi, lebih kepada cara halus dan bijaksana berbanding dengan lawan.
Masa terus berlalu dan pemimpin tentera yang berpangkat General menjadi lebih sophisticated (bijaksana / kompleks) kerana telah banyak strategi telah di cipta.
Walaupun perkataan "strategi" berasal daripada Greek, konsepnya digunakan secara meluas di seluruh dunia.
Prinsip yang kukuh bagaimana untuk mengatasi situasi yang mengejut didalam peperangan, bagaimana untuk membuat perancangan, dan cara terbaik untuk menyusun tentera boleh ditemui dalam manual peperangan daripada zaman China purba sehinggalah ke zaman Eropah moden.
Cara untuk melakukan serangan balas, menghantar angkatan tentera, dan seni untuk mengeluarkan semangat daripada setiap prajurit diperkenalkan oleh Genghis Khan, Napoleon Bonaparte dan Zulu Raja Shaka.
Secara keseluruhan semua prinsip dan strategi menunjukkan kebijaksanaan keseluruhan tentera dan kemungkinan untuk memenangi pertempuran.
"Bina strategi anda. Kemenangan tidak akan terlepas daripada genggaman anda. Strategi menjadikan pemotong kayu yang lebih baik berbanding dengan kekuatan.Strategi menjadikan kapal tidak berganjak dari arahnya apabila angin bertiup kencang di lautan biru.
Strategi adalah lebih baik dari askar berkuda. Satu jenis penunggang percaya kepada kudanya yang dapat membelok dengan mudah daripada arah tujuannya.
Lelaki yang tahu bagaimana untuk menang dengan kuda yang lemah memberi perhatian kepada pos tentera. Bermula dengan memegang tali kuda dengan kemas, dia memerhatikan pemimpin tentera,"
- THE ILIAD, HOMER, CIRCA 9 Tahun Sebelum Masihi
Kemungkinan pakar strategi yang terhebat ialah Sun Tzu iaitu penulis China purba buku Seni Peperangan (The Art of War). Di dalam bukunya yang kemungkinan di tulis pada 4 Tahun Sebelum Masihi, dapat ditemui hampir semua strategi dan prinsip peperangan sepanjang zaman.
Secara faktanya, semua strategi yang terdapat dalam buku itu ialah daripada kaca mata Sun Tzu sendiri - yang percaya kemenangan yang terbaik ialah tanpa pertumpahan darah.
Dengan memanipulasi kelemahan pihak lawan, menyusun formasi tentera pada tempat yang terbaik, dan memberi sokongan moral kepada tentera, pakar strategi dapat melemahkan mental pihak lawan sebelum mereka mengangkat bendera putih secara fizikal.
Kemenangan akan dapat diperolehi dengan kos yang sedikit.
Negara / negeri yang memenangi peperangan dengan bilangan tentera yang meninggal dan sumber yang sedikit dapat bertahan untuk jangkamasa yang panjang.
Pada masa lalu, gaji tentera tidak dibayar secara rasional. Antara pihak yang membayar gaji secara rasional ialah Scipio Africanus daripada Sepanyol, Napoleon di ULM, dan T.E.Lawrence semasa peperangan dunia pertama.
Peperangan bukanlah satu alam yang lain di dalam dunia ini. Ianya berkaitan manusia.
Dipenuhi dengan manusia yang terbaik dan terburuk dikalangan manusia.
Peperangan juga menunjukkan kecenderungan manusia. Evolusi peperangan telah menjadi lebih tidak konvesional, strategi kotor, serangan gerila, dan juga pengebom berani mati menunjukkan evolusi yang berlaku dalam masyarakat sesebuah negara.
Pakar strategi yang memenangi peperangan sama ada dengan cara konvesional atau tidak konvesional adalah berasaskan kepada psikologi.
Kegagalan angkatan tentera yang besar menunjukkan kebodohan dan batasan dalam semua arena kehidupan.
Strategi yang ideal ialah strategi yang mempunyai tahap rasional dan emosional yang seimbang, bersusah-payah untuk menang tanpa menumpahkan darah dan kehilangan sumber yang dimiliki - mempunyai pelbagai aplikasi dalam kehidupan seharian kita.
Dengan mengambil kira keadaan kehidupan kita pada masa sekarang, ramai yang mungkin tidak bersetuju bahawa peperangan yang tersusun pada hari ini adalah diwarisi daripada zaman barbarian (orang yang ganas) pada masa lalu.
Bagi menggunakan seni di medan peperangan dalam kehidupan sosial, mereka akan berkata, ianya tidak sesuai dan mengundang konflik dan perselisihan faham.
Apakah tidak cukup lagi dengan masalah yang terdapat di dalam dunia ini?
Kita hidup dalam dunia yang luas. Akan muncul orang yang jauh agresif daripada diri kita yang akan mendapatkan apa yang mereka mahu dengan cara yang baik atau keji.
Jadi kita perlu sentiasa berwaspada dan tahu bagaimana untuk melindungi diri kita sendiri apabila berhadapan dengan orang seperti ini.
Tiada guna untuk menjaga moral dan adab apabila kita terpaksa mengalah ketika berhadapan dengan orang yang licik dan kuat. Ianya seperti anda berdepan dengan serigala yang lapar dan minta untuk berdamai yang seterusnya berakhir dengan tragedi.
"Diri-sendiri merupakan sahabat kepada orang yang menguasai diri sendiri tetapi kepada orang yang tidak dapat menguasai diri sendiri, dirinya akan menjadi musuhnya seperti musuh di dalam medan peperangan."
- THE BHAGAVAD GITA, INDIA, CIRCA Tahun Pertama Masihi
Mahatma Gandhi iaitu orang yang tidak menggunakan kekejaman menggunakan senjata yang hebat untuk menghalau British yang telah menjajah India untuk beberapa abad.
British mempunyai undang-undang yang menguntungkan pihak British di India. Gandhi memahami bahawa sekiranya tidak menggunakan kekejaman, ianya akan menjadi senjata yang hebat.
Senjata yang hebat memerlukan kekuatan fikiran dan perancangan yang tersusun rapi. Beliau berjalan jauh dari tempat tinggal beliau untuk mempengaruhi orang ramai untuk bersama-sama dengan beliau agar dapat menghalau British.
Bagi mendapatkan keamanan dan kedamaian, anda mesti sanggup untuk berkorban untuknya dan jelas apa yang anda mahukan. Di saat anda menetapkan apa yang anda mahu, anda berada di "alam strategi".
Peperangan dan strategi tidak dapat dipisahkan. Sekiranya anda mahu apa sahaja dalam kehidupan anda, anda perlu bersedia dan mampu untuk berkorban untuk mendapatkannya.
Anda juga mungkin menyangka bahawa peperangan hanyalah urusan kaum lelaki terutamanya lelaki yang agresif atau daripada golongan elit.
Kajian mengenai peperangan dan strategi menunjukkan bahawa lelaki yang gagah perkasa, elit, dan ganas yang terlibat dengan perang. Pada mulanya, strategi peperangan hanya diserahkan kepada General, beberapa orang bawahan General, Raja, dan pembantu raja yang cekap.
Askar bawahan tidak diajar dengan strategi kerana ianya tidak membantu ketika di medan perang. Selain itu, adalah tindakan yang kurang bijaksana sekiranya urusan strategi diajar kepada askar bawahan kerana kemungkinan mereka belot atau memecahkan rahsia sekiranya ditawan oleh musuh.
Cara ini diteruskan sehingga zaman koloni Eropah.
Bagi mengekalkan strategi dan seni peperangan sebagai satu pengetahuan yang kritikal dan istimewa, urusan mengenai perkara ini hanya melibatkan golongan elit yang mempunyai keinginan untuk menjajah negara lain.
Sekiranya strategi merupakan seni untuk mendapatkan hasil dengan menjana idea untuk mengambil tindakan, ia seharusnya telah disebarkan sejak dari zaman dahulu lagi secara meluas.
Dalam cerita dongeng Greek purba, wanita iaitu Athena dikenali sebagai Dewi Peperangan. Wanita kurang berminat mengetahui mengenai strategi dan perang mungkin kerana faktor sosial dan politik dan bukannya faktor biologi.
Dengan menguasai seni strategi, ianya akan membuatkan anda hidup dengan lebih aman dan produktif untuk jangka masa yang panjang. Ini akan terjadi sekiranya anda tahu peraturan dan menang dengan cara yang bermaruah.
Sekiranya anda mengabaikan faktor strategi dalam hidup anda, anda akan berada dalam keadaan keliru dan tertewas.
Berikut merupakan prinsip-prinsip yang perlu anda patuhi untuk mencipta strategi perang dalam kehidupan seharian:
Melihat situasi tanpa pengaruh emosi
Dalam proses membina strategi, anda perlu melihat emosi anda terhadap sesuatu strategi sebagai satu penyakit yang perlu diubati.
Ketakutan menyebabkan anda memandang tinggi terhadap musuh anda dan bertindak dengan defensif (perlahan). Panas baran dan terburu-buru akan menyebabkan anda bertindak secara membuta-tuli yang mengurangkan pilihan tindakan yang mampu anda lakukan.
Terlalu yakin membuatkan anda bertindak menjauhi batasan anda. Cinta dan hubungan membuatkan anda menjadi buta.
Walaupun hanya sedikit emosi anda mempengaruhi diri anda, ianya akan mengubah sudut pandang anda terhadap sesuatu situasi.
Penawar untuk mehilangkan faktor emosi ialah untuk menyedari perkara yang terjadi dan mengorbankan emosi anda. Apabila anda telah berjaya, anda perlu berhati-hati.
Apabila anda marah, elakkan untuk mengambil apa-apa tindakan.
Apabila anda takut, anda membesarkan bahaya yang sedang anda hadapi. Dalam peperangan anda perlu bersifat realistik.
Semakin anda boleh membataskan emosi anda atau mengorbankan emosi anda, semakin dekat anda dengan kemenangan.
Jatuhkan Hukuman Berdasarkan Tindakan yang Telah Dilakukan
Kebijaksanaan dalam peperangan bukanlah dikira dengan kepetahan berbicara untuk menjelaskan kegagalan di medan peperangan. General yang telah membawa tenteranya untuk kalah, kehidupan orang lain telah dibazirkan, dan seterusnya sejarah akan menghukum beliau.
Anda perlu sedaya upaya dalam kehidupan anda untuk mempraktikkan prinsip ini dalam kehidupan seharian anda. Apa yang orang lain mengenai diri mereka tidak perlu anda ambil peduli.
Orang boleh bercakap apa sahaja perkara didalam dunia ini.
Anda perlu melihat apa yang telah mereka lakukan. Anda perlu menanam prinsip ini didalam fikiran anda.
Sekiranya anda mengalami kegagalan, anda perlu mengenalpasti perkara yang perlu anda lakukan secara berbeza.
Kegagalan anda adalah hasil strategi yang buruk dan bukannya musuh yang licik yang perlu anda salahkan sekiranya anda gagal. Anda bertanggungjawab tentang perkara yang baik dan buruk dalam hidup anda.
Anda perlu melihat segala-galanya yang dilakukan oleh musuh anda sebagai tindakan strategik untuk menewaskan anda.
Sesiapa sahaja yang menyalahkan anda seperti membuatkan anda rasa bersalah, bercakap mengenai moral dan keadilan adalah orang yang cuba mengambil kesempatan ke atas diri anda.
Berdiri di atas Kaki Sendiri
Dalam kajian mengenai kejayaan dalam hidup, orang cenderung untuk melakukan perkara yang kelihatan mudah dan senang. Ianya seperti menggunakan kelebihan wang, sumber, bilangan kenalan, atau teknologi.
Strategi yang sejati ialah psikologi - kebijaksanaan anda dan bukannya perkara yang bersifat material.
Apa yang anda miliki boleh hilang daripada anda dalam satu masa. Kekayaan anda hilang, teknologi anda dicuri, kawan anda berpaling tadah dan banyak lagi perkara yang boleh terjadi.
Sekiranya minda anda telah di"program"kan dengan seni peperangan, tiada kuasa yang dapat menhilangkannya daripada anda.
Dalam situasi anda mengalami krisis, minda anda akan mencari penyelesaian yang tepat. Memiliki strategi yang hebat didalam diri anda akan memberikan anda kekuatan ketenteraan yang ajaib.
Seperti kata-kata Sun Tzu "Cara untuk tidak dikalahkan tedapat dalam diri anda,".
Meniru Athena, bukannya Ares
Berdasarkan kisah dongeng Greek purba, dewa-dewi yang paling bijaksana ialah Dewi Metis. Untuk mencegah Metis menggunakan akal dan memusnahkannya, Zeus mengahwini Metis.
Kemudian Metis mengandungkan anak Zeus yang diberi nama Athena. Athena memiliki kebijaksanaan Metis dan mentaliti pahlawan Zeus.
Diringkaskan cerita, kemudiannya orang Greek membuat tawaran kepada Athena untuk menjadi dewi strategi peperangan mereka dengan menyediakan kuil kepada Athena yang dinamakan Odysseus.
Pada masa itu, Ares merupakan dewa peperangan dan beliau merupakan dewa yang ganas dan jahat.
Peperangan telah berlaku di antara Ares dan Athena dan akhirnya orang Greek tidak lagi menyembah Ares lagi apabila Ares dikalahkan dengan kebijaksanaan dan kelembutan Athena.
Minat anda terhadap peperangan bukanlah kerana kekejaman, keganasan, membazirkan kehidupan dan sumber tetapi sikap rasionaliti untuk mendapatkan apa yang anda mahu tanpa menmpahkan darah.
Ares dalam mitos Greek Purba sebenarnya bodoh walaupun hebat. Dengan kebijaksanaan Athena, tujuan anda ialah menukar sikap kejam dan ganas musuh anda kepada punca kekalahan mereka.
Bayangkan Anda Berada di Medan Peperangan
Dalam peperangan, strategi merupakan seni untuk mengawal seluruh operasi tentera. Taktik sebaliknya merupakan cara untuk tentera berempur di medan perang dalam situasi serta-merta.
Kebanyakkan dari kita merupakan ahli taktikal dan bukannya ahli strategi.
Kita terperangkap dalam konflik yang kita hadapi dan hanya memikirkan bagaimana untuk mendapatkan apa yang kita mahu. Untuk memikirkan secara strategik adalah sukar dan tidak natural.
Anda mungkin berfikir apa yang anda lakukan adalah dalam konteks menggunakan strategi tapi hakikatnya anda menjadi lebih taktikal.
Bagi menggunakan kelebihan yang hanya terdapat dalam penggunaan strategi, anda perlu membayangkan anda berada di dalam medan peperangan untuk memberi tumpuan kepada matlamat jangka panjang, merancang semua pergerakan keseluruhan peperangan, dan mengelakkan pertempuran yang tidak perlu.
Tetapkan semua matlamat di dalam minda anda, ianya akan menjadi lebih mudah untuk anda membuat keputusan bila anda perlu bertindak dan bila masa yang sesuai untuk anda mengelakkan tindakan yang tidak perlu dilakukan.
Ianya menjadikan keputusan taktikal di dalam kehidupan seharian anda lebih mudah dan rasional.
Orang yang bergantung kepada taktikal semata-mata akan terperangkap di dalam medan peperangan. Orang yang mempunyai strategi dapat berdiri di atas kaki sendiri dan boleh melihat situasi sebenar dengan pandangan yang jauh dan luas.
Menghayati peperangan
Setiap hari anda berdepan dengan situasi peperangan - apa yang diperlukan oleh setiap kehidupan untuk terus hidup. Peperangan yang paling hebat ialah peperangan anda dengan diri anda sendiri iaitu kelemahan, emosi, kekurangan pengetahuan untuk melihat sesuatu perkara sehingga ke akhirnya.
Anda perlu mengisytiharkan peperangan yang tiada berkesudahan dengan diri anda sendiri.
Sebagai seorang General di dalam kehidupan anda, anda menanti kehadiran musuh dan konflik sebagai cara untuk membuktikan keupayaan diri anda, memperbaiki teknik anda menyelesaikan masalah, mendapat sokongan, keyakinan, dan pengalaman.
Di sebalik ketakutan dan ragu-ragu yang terdapat dalam diri anda, anda perlu membuang dan memulakan perang terhadap kedua-dua perasaan ini.
Anda perlukan cabaran dan anda perlukan lebih banyak peperangan. Anda mempunyai semangat kepahlawanan dan hanya dengan berlatih anda akan membawa anda menjadi pahlawan sejati.
Comments