Misteri Skrol Qingming - Dinasti Song, China

Skrol Qinming dilukis semula

Salah satu lukisan paling terkenal di China ialah Qingming Shanghe tu yang juga dikenali sebagai Skrol Qingming.

Ini merupakan hasil kerja dari pelukis Zhang Zeduan pada awal abad ke-12 Selepas Masihi; hari ini, ia ditempatkan di Muzium Istana di Beijing.

Ia dijaga dengan sangat rapi. Lukisan ini bukan jenis lukisan yang anda boleh lihat sekaligus. Sebagai skrol lukisan, anda perlu memerhati dengan perlahan kerana lukisan ini hanya berketinggian 10 inci dan mempunyai lebar sepanjang 17 kaki.

Ia termasuk imej hampir 900 orang dan haiwan bersama dengan pelbagai kenderaan, bangunan, dan tumbuh-tumbuhan.

Skrol Qinming

Ringkasan Skrol Qingming

Skrol memberitahu tentang bagaimana seni dinikmati di zaman China purba. Tidak seperti lukisan berbingkai atau mural, lukisan skrol tangan mudah alih dan menarik perhatian.

Sekiranya anda adalah dari kelas berpendidikan pada masa itu, anda dan rakan-rakan anda mungkin membawa skrol pilihan ke pesta dan membahaskan merit dan motivasi artistik sambil meminum arak.

Lukisan skrol mempunyai penerangan yang merupakan tulisan pada manuskrip atau lukisan yang mengandungi beberapa fakta tentang penghasilannya.

Dalam kes Skrol QingMing, keterangan mengenai lukisan sukar ditemui.

Ini termasuklah tempat kelahiran Zhang Zeduan, sedikit tentang latihannya, dan hakikat bahawa dia dibawah naungan empayar. Tetapi tiada keterangan tentang inspirasinya untuk karya ini.

Ia juga tidak jelas tempat yang dilukis. Andaian pakar membuat andaian bahawa skrol ini menggambarkan bekas ibu kota Kaifeng tetapi tidak terdapat petunjuk dari aspek sejarah untuk mngesahkan andaian ini.

Tarikh tepat lukisan ini dihasilkan turut dipersoalkan. Ini sangat penting.

Ahli sejarah membahagikan Dinasti Song dalam dua tempat: Dinasti Song Utara bermula dari 960 hingga 1127, ketika ibu kota di bahagian utara - Kaifeng. Dinasti Song Selatan memerintah dari 1127 hingga 1279, ketika ibukota terletak di pelabuhan selatan Hangzhou.

Terdapat juga beberapa perdebatan mengenai cara menterjemahkan tajuk lukisan. Qingming shanghe tu ditulis pada awal lukisan.

Dua perkataan pertama - qing dan ming - sering dianggap merujuk kepada Pesta Qingming. Itulah pesta besar yang diraikan pada awal bulan April, ketika semua orang pergi ke kubur nenek moyang mereka dan membersihkannya.

Skrol Qinming full

Terdapat dua masalah dengan teori ini: Tidak ada apa-apa makam di dalam lukisan itu. Dan jika ia adalah Pesta Qingming, cuaca kelihatan tidak hangat - lebih kepada musim panas dari awal musim bunga.

Ini menyebabkan beberapa sarjana berfikir bahawa Qingming bukanlah rujukan kepada Pesta Qingming tetapi sebaliknya harus ditafsirkan secara lebih mudah. Qing bermaksud "terang" atau "damai". Ming bermaksud "jelas" dan "teratur".

Bahagian kedua tajuk, shanghe tu lebih mudah: shang (naik), he (sungai), dan tu (lukisan) bermaksud "Lukisan perjalanan di atas sungai".

Jadi lukisan ini bukan berkaitan dengan Pesta Qingming, ia kemungkinan menerangkan mengenai "Lukisan kedamaian dan teratur di sepanjang sungai".

Skrol Qingming, keterangan mengenai lukisan sukar ditemui

Kehidupan Seharian

Walaupun terdapat misteri mengenai skrol ini, hasil lukisan ini memberi gambaran tentang kehidupan semasa Dinasti Song dan zaman inovasi China.

Ia adalah zaman ketika China adalah masyarakat yang paling maju dari segi ekonomi dan teknologi serta paling moden ketika itu.

Ini merupakan zaman penggunaan wang kertas, porselin, teh, belerang, kompas, dan inovasi bersejarah lainnya.

Walaupun kemajuan pesat berlaku di kawasan bandar, Zhang Zeduan mahu penonton karyanya melihat hubungan antara penduduk di bandar dan luar bandar.

Sebahagian daripada skrol itu menggambarkan kawasan desa di kawasan hutan rumput dengan rumah-rumah kayu yang sederhana. Penduduk tempatan mengusahakan ladang dan menternak haiwan.

Terusan yang ada merupakan penghubung antara kawasan bandar dan luar bandar. Lukisan menunjukkan kawasan di benteng ibukota, semakin banyak perkara yang ada.

Jika ini adalah ibu kota kuno Kaifeng yang juga dikenali sebagai Bianjing, maka terusan ini adalah Sungai Bian.

Jika ini bukan Kaifeng tetapi beberapa pelabuhan yang lain, kita masih dapat melihat bagaimana jalan dan terusan menjadi pusat pemerintahan dan integrasi politik kerajaan.

Infrastruktur ini dihubungkan melintang merentasi alam dan menegak dari bandar ke luar bandar.

Teknologi laut adalah sebahagian besar lukisan

Pelabuhan

Teknologi laut adalah sebahagian besar lukisan. Kapal pertama yang ditunjukkan pada lukisan berada di pelabuhan yang kelihatan bersiap untuk mengambil muatan. Jalan keluar dan tuannya melihat untuk mengutip muatan.

Beberapa kapal kargo ditambat bersebelahan. Mereka mempunyai kemudi yang dapat digunakan untuk pelayaran yang pendek.

Penonton juga boleh melihat inovasi Dinasti Song secara terperinci. Ia adalah sistem berdasarkan fizik (Hukum Newton) yang membolehkan krew kapal menaikkan dan menurunkan muatan.

Kedalaman sauh yang lebih dalam menjadikan kapal-kapal ini stabil di perairan pantai dan sungai. Tetapi dengan menaikkan sauh, sebuah kapal boleh melewati terusan pendek dan berlayar hingga ke pinggiran bandar-bandar utama.

Kapal-kapal itu juga akan mempunyai ciri-ciri sauh yang canggih, pelincir kompleks, dan sekatan dinding kedap udara.

Ciptaan lain Dinasti Song adalah kompas pelaut magnetik. Kapal perdagangan boleh memasuki lautan serta kawasan perairan China.

Kapal-kapal ini sepertinya akan mengangkut teh dan sutera dari China dan kembali dengan kayu manis dan cengkih dari Jawa dan Sumatra atau kertas halus dari Korea.

Kawasan Luar Bandar China

Kawasan Luar Bandar dan Jambatan

Sepanjang perjalanan dari desa-ke-kota, pinggir bandar kelihatan menonjol dalam pandangan dinding bandar. Restoran, makanan ringan, dan kedai ubat dibuka untuk hari itu. Salah satu kedai ubat mempunyai tanda keluar mengiklankan ubat mabuk.

Di luar bandar, penonton dapat melihat para pedagang dan anak kapal mengambil keuntungan dari harga hartanah yang lebih rendah dan tidak menyalahi undang-undang diluar dinding kota.

Pada tahun 1120-an, Bianjing mempunyai penduduk kira-kira 1 juta: separuh daripadanya di dalam tembok kota, selebihnya tinggal di pinggir bandar.

Pusat lukisan - jambatan pelangi terkenal - adalah salah satu adegan terpadat dan paling rumit dalam skrol. Ia adalah mikrokosmos perdagangan, kisah sosial, dan kecanggihan teknologi Dinasti Song.

Pedagang dan pelanggan ramai di jambatan pelangi. Banyak wang berganti pada jambatan dan merentasi tingkap Skeol Qingming pada umumnya.

Kemunculan teknologi percetakan membawa wang kertas dan dikeluarkan secara berkala, manual penggunaan alat, dan buku.

Budaya popular juga berkembang di dalam Dinasti Song. Novel dan cerita pendek berlimpah, dan dalam Skrol Qingming, kita melihat penglipur lara menghiburkan orang-orang dengan dengan merotan benang.

Sebagai kenangan mereka, penglipur lara ini menggunakan nota kepada pendengar cerita mereka.

Tidak hairanlah jambatan pelangi itu dipenuhi dengan peniaga barangan kertas. Manakala peniaga lain menjual makanan.

Satu lagi peniaga di jambatan itu menjual peralatan besi. Pengeluaran besi proto-industri adalah biasa di zaman Dinasti Song China.

Relau api telah digunakan secara meluas. Salah satu contoh yang lebih hebat dalam industri ini ialah Pagoda Besi berketinggian 70 kaki dan seberat 50-tan di Kuil Yuquan, Wilayah Hubei.

Petani dan tukang besi membuatkan permintaan yang tinggi untuk peralatan besi berkualiti tinggi.

Tembok Bianjing China

Bandar

Dinding kota pada lukisan ini mempunyai satu pintu untuk ke jalan raya dan satu lagi menuju ke terusan. Kumpulan kecil Bactrian menggunakan unta terdapat pada satu tempat dalam skrol.

Pedagang China dari Dinasti Song Utara berurusan dengan dengan dua kumpulan semi-nomad iaitu dari Turki yang berasal dari barat laut dan Khitans dari Dinasti Liao dari timur laut.

Cukai perniagaan dan bayaran secara berkala adalah kaedah Dinasti Song menjaga jiran-jirannya. Tetapi sistem itu gagal dalam dua keadaan.

Kali pertama adalah pada tahun 1120, ketika Dinasti Jurchen Jin menakluk Dinasti Liao dan memaksa Dinasti Song untuk meninggalkan Utara.

Kali kedua ialah ketika Kublai Khan menumpukan usahanya untuk menguasai wilayah peninggalan Dinasti Song pada tahun 1270an.

Skrol menggambarkan masa peperangan belum berlaku. Inta Bactrian - kebanggaan pedagang Arab - menunjukkan perdagangan antara China dan negara jiran utaranya masih kukuh.

Secara tradisinya, bandar-bandar di China dirancang berdasarkan kepada grid, dengan daerah-daerah kerajaan yang ditonjolkan dengan ketara, perumahan, dan pasar rasmi yang dikawal selia dengan teliti.

Kota dalam skrol adalah lebih organik dan masih dibatasi oleh tembok kota. Manakala keadaan didalam kota menunjukkan urusan perniagaan, interaksi sosial dan tadbir urus yang menunjukkan status sosial yang mencirikan Dinasti Song.

Ruang untuk perniagaan, hiburan, agama, dan kerajaan tidak teratur. Sebaliknya, kedai-kedai dibuka di mana-mana tempat yang sesuai.

Rumah besar yang mewah berkongsi jalan yang sama seperti kuil, kelab malam, dan kedai-kedai makanan.

Skrol ini juga memberikan gambaran tentang tabiat makan dan minum rakyat di zaman Dinasti Song, dari kedai-kedai dim sum sehingga ke bar yang mewah untuk golongan yang kaya dan berkuasa.

Bandar-bandar di zaman Dinasti Song adalah kosmopolitan dan pelbagai bentuk.

Peniaga dan pegawai dari seluruh empayar kadang-kadang mahu merasai rumah dan mewujudkan permintaan untuk restoran yang khusus dengan jenis masakan yang terdapat di China.

Di bandar-bandar yang lebih besar, pencinta makanan tertarik dengan pelbagai jenis restoran. Daripada kepelbagaian masakan China, Dinasti Song mengekalkan kepelbagaian masakan dan menyaksikan permulaan budaya pengembaraan dan pelancongan.

Keraguan Mengenai Skrol Qingming

Keraguan Mengenai Skrol Qingming

Skrol Qingming sangat realistik, tetapi ia juga ideal. Apa yang tidak ditunjukkan dalam lukisan adalah tentera, penjenayah, dan pelacur mendedahkan beberapa perkara tentang seni, moral, dan ciri-ciri Dinasti Song.

Sebagai contoh, tidak ada sampah. Setiap bandar besar mempunyai masalah pengurusan sisa pepejal.

Tetapi sisa pepejal boleh menjadi perkara yang berfaedah untuk beberapa perkara seperti perniagaan yang mengumpul dan mengangkut sisa pepejal sama ada daro manusia, pertanian atau haiwan.

Selain itu, sisa makanan dari rumah dan restoran digunakan untuk membuat baja dan makanan haiwan.

Kemungkinan juga, pentadbir Dinasti Song tahu bahawa kawasan bandar boleh menjadi kotor dengan cepat dan mereka tetap waspada untuk menguatkuasakan undang-undang kebersihan.

Tidak ada juga anggota bomba atau penjaga rumah api di kota Dinasti Song. Bandar-bandar China yang dibina menggunakan kayu terdedah kepada kebakaran yang boleh membakar puluhan ribu kediaman dan menyebabkan kematian kepada beratus-ratus ribu orang pada satu masa.

Skrol ini juga tidak menunjukkan banyak kelas bawahan di bandar terutamanya golongan pengemis dan pencuri.

Golongan ini adalah sah disisi undang-undang di kota-kota seperti Bianjing dan Hangzhou sehingga mereka memiliki persatuan mereka sendiri.

Satu bahagian menunjukkan ilustrasi yang kelihatan seperti penjara, dindingnya ditutup dengan duri. Tetapi pengawal adalah malas untuk mengelilingi penjara, membayangkan undang-undang yang tidak adil di kota.

Dinasti Song China

Zhang Zeduan mungkin menghasilkan skrol ini pada masa yang sama Dinasti Song Utara ditawan oleh pihak asing pada tahun 1120-an.

Kekalahan itu akan menjadi sangat menakutkan kepimpinan Dinasti Song. Orang boleh membayangkan maharaja dan pegawai-pegawai kanan menghabiskan masa berjam-jam mengira kerugian yang dialami.

Pada masa yang sama, lukisan ini mencerminkan mungkin mengingatkan maharaja dua asas:

  1. Tugasnya adalah untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan empayar, dia mempunyai peluang untuk mendirikan kembali dinasti di tempat perlindungan yang terletak di selatan.
  2. Walaupun dengan kehilangan wilayah utara, Dinasti Song Selatan masih luas untuk ditadbir.

Dinasti Song Selatan bertahan selama 150 tahun selepas kehilangan wilayah utara. Ini kerana mereka menghadapi musuh yang hebat termasuk tentera Monggol yang menyerang China.

Sebahagian besarnya, mereka terselamat kerana kecanggihan teknologi, kebudayaan, dan ekonomi yang dipamerkan di dalam skrol Qingming.

Comments