Orang Viking Menyatukan Eropah

vikings

Sekitar tahun 843, pantai Atlantik di Perancis diganggu oleh orang Vikings. Pertama, yang disebut Orang Utara berlayar ke Sungai Loire dan berpusat di bandar Nantes, membunuh bishop dan ramai orang. Raja Perancis membayar pampasan bagi mengelakkan mereka menawan Paris.

Tetapi apabila mereka pergi ke Seine, mereka merompak sepanjang perjalanan. Senario ini berlaku di seluruh Eropah Barat pada abad ke-9 dan ke-10.

Gelombang penyerangan berlaku pada orang Scandinavia, Magyar, dan Moor. Mereka membunuh, merompak, dan membakar manusia ke mana sahaja mereka pergi. Negeri zaman pertengahan tidak sesuai dengan para perompak ini.

Ini adalah realiti kehidupan di Eropah dan kebanyakan bahagian dunia sebelum zaman moden.

pertanian di eropah

Pembangunan Pertanian di Eropah

Sejak awal tahun 1000, Eropah perlahan-lahan membina asas yang lebih moden berdasarkan ekonomi pertanian yang produktif. Asas ini sukar bersaing.

Bukti kecil yang ada menunjukkan bahawa penduduk Eropah mundur - dengan kejatuhan empayar Rom - dan kekal agak mundur selama berabad-abad. Pemimpin negara bersatu untuk melindungi negara mereka dari ketakutan dan ketidakstabilan.

Pencerobohan Vikings dan kumpulan-kumpulan lain menyebabkan berlakunya krisis di Eropah pada abad ke-9 dan ke-10.

Eropah menjadi tanah tanpa manusia, terdiri dari kampung-kampung yang kecil dan terdapat secara bertaburan. Perlindungan hanya dapat dimiliki oleh golongan pahlawan elit iaitu bangsawan pada abad pertengahan.

Dengan keadaan zaman pertengahan yang tidak stabil terutamanya aspek keselamatan, tuan-tuan tanah mengambil peranan ini.

Berlaku perjanjian yang membenarkan raja-raja zaman pertengahan untuk mengekalkan kawalan utama mereka, sementara pada dasarnya mewakilkan kuasa sebenar kepada para bangsawan.

Hasilnya adalah sistem pemerintahan di mana sektor awam bergabung dengan sektor swasta. Daripada orang awam berkhidmat kepada negara, individu berhutang perkhidmatan kepada individu yang lain.

Bentuk perkhidmatan ini bergantung kepada hubungan antara pihak yang terlibat. Aspek organisasi sosial abad pertengahan ini dipanggil feudalisme.

Dalam sistem ini, manfaat yang paling penting yang diterima oleh golongan bangsawan sebahagian daripada perjanjian dengan golongan raja adalah tanah.

Sebagai pertukaran untuk menyediakan perkhidmatan tentera dan menegakkan keadilan, golongan bangsawan menerima geran tanah dari raja (atau dari tuan tanah yang lain). Geran tanah ini bertujuan untuk menyokong keluarga bangsawan dan pewarisnya.

Pemberian tanah - dipanggil manor - bukan sekadar sebuah rumah tetapi pada dasarnya adalah sebuah kampung.

Ia termasuk orang yang hidup dan bekerja di kawasan itu; kediaman mereka; dan semua gudang, ketuhar, dan peralatan pemprosesan yang diperlukan untuk hidup. Para petani yang bekerja di kawasan terikat untuk terus bekerja dan dieksploitasi oleh golongan bangsawan.

Kebanyakan pakar sejarah percaya bahawa pelbagai bentuk sistem beraja yang dibangunkan di Gaul iaitu sebahagian besar Perancis moden; kebanyakan dari Belgium, Belanda, dan Luxembourg; bahagian utara Itali; dan kawasan Jerman selatan dan tengah. Selepas Penaklukan Norman, ia termasuk England.

Sistem Feudal Eropah

Sistem Beraja

Di bawah sistem beraja, tuan tanah memiliki tanag yang diusahakan oleh golongan petani. Tambahan pula, buruh upah jarang berlaku; golongan bawahan bekerja dengan tuan tanah sebagai bentuk bayaran cukai dan mempunyai tanah mereka sendiri untuk diusahakan.

Pemilikan tanah tidak difahami dalam erti kata moden. Tanah telah diberikan selepas adat istiadat purba tetapi jarang dijual atau ditinggalkan.

Hasilnya adalah wujudnya komuniti pertanian dengan organisasi kerjasama bertujuan untuk memastikan survival secara kolektif dalam tempoh ketidakstabilan melampau.

Inisiatif individu adalah bergantung kepada keperluan masyarakat, dan di atas segalanya, ia ditujukan kepada pengeluaran makanan. Tumpuannya adalah pada diri sendiri, dengan lebihan akan diberi kepada keluarga bangsawan dan kerabatnya serta para pendeta.

Kemajuan pertanian eropah

Kemajuan Pertanian

Perkembangan teknologi membuat perbezaan dalam produktiviti. Dua kemajuan yang paling penting ialah bajak berat dan jenis baru yang membolehkan kuda menggantikan seladang sebagai haiwan pertanian.

Perkembangan ini membolehkan output pertanian yang lebih besar sehingga penduduk di Eropah mula meningkat dengan cepat pada abad ke-12, dan - dalam konteks ekonomi - semakin banyak tanah digunakan untuk pertanian.

Menjelang kira-kira 1300, orang Eropah menggunakan hampir keseluruhan tanah yang boleh digunakan untuk pertanian termasuk tanah-tanah yang kecil dan kurang subur untuk memenuhi keperluan penduduk yang semakin meningkat.

Pada ketika ini, populasi kampung telah meningkat ke titik di mana ia menjadi sukar untuk menyokong semua orang dengan hasil kampung yang menyebabkan pembukaan penempatan baru.

Perkembangan teknologi yang bermula dengan bajak dan kuda menyebabkan lebih banyak manor dan kampung-kampung mula beralih ke kawasan baru. Mereka juga mula menggunakan skim kitaran tanaman untuk meningkatkan pengeluaran.

Di samping itu, sistem pemprosesan baru, seperti kincir angin dan kincir air, tersebar di seluruh Eropah.

Satu hasil dari asas pertanian yang stabil ini adalah apabila ekonomi yang lebih kompleks mula berkembang pada abad ke-11 dan ke-12, ia menjadi lebih rapuh dan terhad dalam kesannya terhadap orang ramai.

Menjelang 1300, ekonomi berdasarkan wang digunakan, jalan dibina, dan bilangan bandar meningkat secara dramatik.

kehidupan bandar eropah

Kehidupan Bandar

Kebanyakan bandar-bandar di zaman pertengahan mempunyai populasi hanya beberapa ribu dan kebanyakan orang tinggal di kampung-kampung dengan populasi yang lebih kecil.

Pekan dan bandar berkembang kerana lebihan pertanian yang membuka jalan bagi peningkatan populasi.

300 tahun antara 1000 dan 1300 adalah zaman keemasan dalam perdagangan zaman pertengahan. Pasaran dan hubungan semakin berkembang, dan terdapat dua pusat bandar mendominasi ekonomi Eropah: Flanders di utara dan Itali di selatan.

Flanders dan Itali masing-masing merupakan bandaar yang padat dengan penduduk dan kedua-duanya mengandungi pusat pengeluaran dan perdagangan bandar.

Perdagangan jangka panjang dibangunkan antara kedua-dua wilayah dan dengan bahagian-bahagian lain di Eropah.

Cara perdagangan berbeza antara kedua-dua bandar ini. Perdagangan utara sebahagian besarnya memberi tumpuan kepada makanan dan fiber. Produk pertanian dihantar di seluruh Eropah Utara, dan fiber yang digunakan dalam pengeluaran tekstil, seperti flax untuk linen dan bulu, adalah perdagangan utama.

Perdagangan bulu, yang paling penting dari Great Britain, melancarkan industri pembuatan kain terpenting di Eropah barat laut dan khususnya di Flanders.

Pengeluaran kain bulu di bandar-bandar di Flanders mengatasi semua yang lain dalam kualiti. Kain Flemish telah didagangkan di seluruh Eropah dan bahkan di luar benua melalui pelabuhan Mediterranean di Timur Tengah.

Pengeluaran kain - seperti semua pengeluaran kraf di Abad Pertengahan - berada di bawah kawalan kesatuan. Malah, setiap kraf yang berbeza mempunyai kesatuan di bandar-bandar zaman pertengahan, dan kesatuan-kesatuan itu memainkan peranan penting dalam tadbir urus bandar.

Pedagang Itali merupakan salah satu pasaran penting bagi kain Flemish. Dan bandar-bandar Itali juga menjadi cawangan perdagangan Mediteraniam dalam barangan mewah, yang menghubungkan Eropah ke Timur Tengah dan Asia.

Pakaian Flemish dihantar ke selatan untuk diproses dan dijual di Itali dan Mediterranean, dan rempah-rempah Levant dihantar ke utara melalui bandar-bandar di Itali.

Pedagang dari Flanders dan Itali sama-sama mehantar barang-barang mereka ke dataran Champagne di Perancis. Pasar perdagangan yang hebat di sana yang dikenali sebagai Ekspo Champagne, bermula sebagai pasaran pertanian dan berkembang menjadi pameran komersial antarabangsa yang besar.

Ekspo Champagne menyediakan tempat pertemuan yang selamat untuk pedagang dan beberapa institusi yang dibangunkan di sekeliling mereka untuk membolehkan perdagangan yang cekap.

Ekspo Champagne mewakili hanya satu contoh sejauh mana perkembangan komersial di Eropah pada masa lalu. Bandar-bandar Hanseatic di sepanjang pantai Laut Utara dan Baltik - yang dikuasai oleh pedagang Jerman - adalah satu lagi laluan perdagangan darat dan sungai di Eropah tengah.

Menjelang abad ke-13, perkembangan perdagangan memerlukan pelbagai peraturan komersial untuk mengawal selia perdagangan dan transaksi, bukan sahaja di Ekspo Champagne tetapi juga untuk perdagangan biasa di seluruh benua.

Amalan Perdagangan Eropah

Amalan Perdagangan

Dua jenis kontrak mempunyai implikasi penting untuk perkembangan yang berlaku kemudian. Pertama menumpukan kepada organisasi peniaga dan perniagaan mereka. Kedua berkaitan peraturan pertukaran dan perdagangan.

Bentuk-bentuk kontrak perniagaan yang paling biasa pada Zaman Pertengahan ialah perjanjian untuk perdagangan laut dan masyarakat serta perjanjian untuk perdagangan darat, yang semuanya adalah bentuk perkongsian yang membolehkan para pedagang mengumpul modal dan mencari pelabur dan pedagang.

Hutang dengan kadar faedah adalah dilarang oleh undang-undang di seluruh Eropah semasa Zaman Pertengahan. Oleh itu, peniaga dan bank membangunkan mekanisme dengan mana kredit dapat dilanjutkan dan menyembunyikan kadar faedah.

Bentuk yang paling biasa dilakukan ialah menggunakan bil pertukaran.

Bil pertukaran sering digunakan dalam perdagangan Eropah sehingga abad ke-18. Ia adalah kontrak tidak formal yang mana seorang pedagang mengarahkan banknya - atau ejennya - untuk membuat pembayaran atas nama saudagar itu kepada orang lain.

Ia sebenarnya merupakan instrumen perbankan dwiberfungsi iaitu meminjamkan wang di satu bandar dan memindahkan wang dalam mata wang bandar yang lain.

Bil pertukaran mempunyai beberapa kelebihan. Ia tidak memerlukan pemindahan wang di antara bandar (aktiviti berisiko tinggi) dan ia membenarkan pinjaman dengan faedah dengan menyembunyikan kadar faedah dalam kadar pertukaran mata wang.

Bank Eropah

Jenis Bank

Terdapat tiga jenis bank umum pada Abad Pertengahan: pemegang pajak gadai, pengurup wang, dan bank simpanan. Tetapi kebanyakan perbankan sehingga sekitar abad ke-14 merupakan kegiatan yang dilakukan oleh para pedagang sendiri.

Pedagang yang kaya adalah satu-satunya yang mempunyai jumlah wang yang banyak untuk melibatkan diri dalam perbankan simpanan. Dan mereka turut berpengalaman dalam memindahkan wang untuk perdagangan antarabangsa.

Seperti yang disebutkan, pada pertengahan abad ke-13, pengeluaran pertanian di Eropah telah stabil dan menghasilkan lebihan.

Kekayaan yang dihasilkan oleh lebihan pertanian boleh dikeluarkan untuk pelaburan dalam alat dan teknik yang lebih baik dalam pengeluaran serta untuk perniagaan dan perdagangan asing.

Budaya pernoagaan komersial yang cergas mula mewujudkan institusi yang menyelia perdagangan, seperti ekspo dan kontrak yang membolehkan perdagangan jarak jauh dan seterusnya meningkatkan pengaliran wang.

Seperti hari ini, kemelesetan dan kelembapan ekonomi jangka pendek berlaku dari semasa ke semasa tetapi secara keseluruhan, ekonomi zaman pertengahan Eropah kelihatan cukup sihat. Bagaimanapun, walaupun masa depan ekonomi kelihatan cerah, krisis tetap ada di sudut yang tersembunyi.

Comments