Strategi Menghadapi Kawan Tikam Belakang

Kawan Makan Kawan

Sebelum ini saya telah menerangkan mengenai tentera Greek Purba yang menggunakan Strategi Menghadapi Musuh Dalam Selimutuntuk menewaskan musuh dalaman mereka iaitu tentera Persia.

Dalam artikel ini, saya akan menerangkan bagaimana untuk menggunakan strategi ini untuk menewaskan musuh dari luar.

Pada tahun 1970-an, sistem politik British telah mengalami perubahan. Parti Buruh boleh memenangi pilihanraya dan Parti Konservatif telah mengalami kekalahan.

Jangkaan rakyat ialah Parti Konservatif boleh memenangi pilihanraya yang seterusnya.

Namun pada tahun berikutnya Parti Buruh sekali lagi telah memenangi pilihanraya. Ia seterusnya membawa Parti Konservatif pada keadaan berpecah-belah.

Parti Konservatif seterusnya telah memilih Margaret Thatcher sebagai pemimpin mereka.

Margaret Thatcher ialah seorang ahli politik wanita dan lahir dari keluarga kelas pertengahan. Pakaiannya pada ketika itu lebih mirip kepada suri rumah berbanding dengan fesyen seorang ahli poltik.

Pada ketika itu juga, pengaruh Thatcher dalam Parti Konservatif juga agak lemah berbanding dengan pemimpin lain dalam Parti Konservatif.

Cara beliau menyerang parti lawan juga agak berbeza dengan pemimpin lain. Beliau lebih suka menyerang secara terus dan terbuka berbanding dengan cara pemimpin lain menyerang parti lawan dengan cara yang lebih lembut.

Cara beliau telah mengundang situasi politik yang lebih tegang.

Kebanyakkan ahli politik pada masa itu membuat andaian bahawa Thatcher hanya bernasib baik dan tidak akan kekal lama dalam bidang politik.

Dalam beberapa tahun pertama beliau menjadi pemimpin Parti Konservatif iaitu ketika Parti Buruh berkuasa, Thatcher membuat beberapa perubahan untuk menukar pandangan orang ramai.

Beliau menyerang sistem sosialis dan menjadikannya penyebab sebagai faktor kejatuhuhan ekonomi Britain pada masa itu. Beliau juga mengkritik dasar-dasar Soviet Union yang seterusnya mendatangkan kesan perhubungan antara Britain dan Soviet Union.

Pada musim sejuk 1978-79, beberapa sektor kerajaan membuat keputusan untuk menentang dasar-dasar Parti Buruh. Thatcher menggunakan kesempatan itu untuk menyerang Parti Buruh dan Perdana Menteri Britain pada masa itu iaitu James Callaghan.

Cara Thatcher pada masa itu tidak sesuai untuk menarik undi daripada rakyat kerana tindakan beliau menakut-nakutkan rakyat untuk mengundi Parti Konservatif. Pada tahun 1979, satu pilihanraya umum telah diadakan di Britain.

Thatcher terus berkempen untuk menyerang Parti Buruh dan memberi nama pilihanraya itu dengan pilihanraya untuk menentang kejahatan sosialis dan peluang terakhir untuk rakyat Britain untuk memajukan negara.

James Callaghan iaitu Perdana Menteri dari Parti Buruh memandang rendah kepada Thatcher kerana pada asalnya Thatcher hanyalah seorang suri rumah yang menjadi ahli politik.

Beliau membalas serangan Thatcher dengan menjalankan kempen bahawa sekiranya Thatcher memenangi pilihanraya itu, ekonomi Britain akan menjadi bertambah buruk. Stategi ini seolah-olah menjadi.

Thatcher menakutkan ramai pengundi dan bancian yang dijalankan menunjukkan bahawa James Callaghan lebih popular berbanding dengan Thatcher.

Pada masa yang sama, melalui retorik oleh Thatcher dan tindakbalas Callaghan telah mempengaruhi keseluruhan pengundi.

Tindakan Thatcher dan tindak balas daripada Callaghan telah memberi pemahaman kepada seluruh rakyat perbezaan antara Parti Konservatif dan Parti Buruh.

Thatcher telah berjaya memecah-belahkan pengundi Parti Buruh, menarik perhatian rakyat, dan menarik golongan pengundi atas pagar.

Thatcher memenangi pilihanraya itu dengan kejayaan yang besar. Thatcher telah berjaya memenangi hati pengundi.

Apabila telah menjadi Perdana Menteri, beliau perlu bertindak untuk bersikap adil kepada semua rakyat Britain tanpa memilih fahaman politik dan mengambil hati rakyat.

Namun Thatcher telah mengambil tindakan yang sebaliknya.

Beliau telah memotong belanjawan negara dan seterusnya menyebabkan ekonomi Britain menjadi lebih teruk - seperti yang telah dilaungkan oleh Callaghan - dan mengakibatkan pengangguran berleluasa.

Pemimpin-pemimpin parti beliau sendiri mula mempertikaikan kebolehan beliau secara terbuka.

Ini kerana semua rakan-rakan beliau dalam Parti Konservatif sudah panik dan tindakan Thatcher boleh membawa kepada kehancuran negara.

Thatcher telah bertindak balas dengan memecat semua ahli kabinet beliau yang tidak bersetuju dengan beliau.

Ia seterusnya membuatkan musuh beliau menjadi bertambah ramai. Bancian telah diadakan dan populariti Thatcher menjadi sangat rendah.

Ramai yang menyangka karier politik beliau akan berakhir pada pilihanraya yang seterusnya.

Perang Falkland Britain

Pada tahun 1982, di satu bahagian kawasan Atlantik, junta tentera yang menguasai Argentina perlu mendapatkan Pulau Falkland - satu daripada wilayah Britain - untuk menyelesaikan masalah dalaman Argentina dengan menggunakan faktor sejarah.

Pemimpin junta merasakan British tidak memerlukan wilayah itu dan mengabaikan Pulau Falkland.

Tanpa bertangguh, Thatcher telah menghantar armada tentera - sejauh 8000 batu - untuk mempertahankan Pulau Falkland. Pemimpin Parti Buruh telah membantah tindakan Thatcher kerana ianya membawa kepada peperangan yang menelan belanja yang tinggi.

Tindakan Thatcher itu juga menakutkan ahli-ahli partinya sendiri kerana sekiranya mereka gagal untuk mendapatkan Pulau Falkland kembali, Parti Konservatif akan musnah.

Thatcher keseorangan pada masa itu. Tindakan beliau telah mendapat perhatian rakyat dan memberi sinar baru dalam karier politik Thatcher.

Thatcher telah berjaya menunjukkan kualiti beliau sebagai seorang Perdana Menteri Britain. Di bandingkan dengan pemimpin dari parti lawan dan partinya sendiri, tindakan Thatcher berjaya menunjukkan beliau seorang yang tabah dan berkeyakinan.

Diringkaskan cerita, British telah berjaya mendapatkan Pulau Falkland dan populariti beliau naik dengan mendadak. Secara tiba-tiba sahaja, masalah ekonomi dan sosial Britain telah dilupakan pada ketika itu.

Thatcher telah berjaya menguasai keadaan pada masa itu. Beliau telah berjaya mengalahkan Parti Buruh untuk dua pilihanraya berikutnya.

"Jangan menunggu musuh untuk datang sebaliknya bersedia untuk menyambut kehadiran mereka,"

- Sun Tzu

Margaret Thatcher berjaya meraih kuasa politik bermula dari golongan pertengahan dan berhaluan kanan. Untuk menyertai bidang politik dan mendapat sokongan bukanlah perkara yang mudah.

Lebih-lebih lagi apabila anda mendapat melihat dunia dengan perspektif yang berbeza apabila anda menyertai politik berbanding sebelum anda menyertai mana-mana parti politik.

Sekiranya Thatcher mengikut apa sahaja nasihat daripada pemimpin-pemimpin lelaki di dalam partinya, beliau akan digantikan dengan orang lain.

Thatcher mengetahui siapa musuhnya dengan jelas:

  • Parti Buruh
  • Ahli partinya sendiri
  • Junta Tentera Argentina

Musuh-musuhnya secara tidak lansung membantu Thatcher untuk memahami kemampuan dirinya. Thatcher tidak mengejar populariti dan mempunyai matlamat yang jelas iaitu untuk membawa Britain ke arah yang lebih baik.

Golongan yang terpelajar mungkin dipengaruhi oleh angka yang terdapat dalam statistik namun bagi ahli politik, politik ialah medan peperangan.

Biarkan sahaja golongan yang membenci anda. Anda tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

Musuh anda yang sentiasa menunggu peluang untuk menewaskan anda secara tidak lansung membantu anda untuk berpijak di bumi yang nyata - menjadi lebih realistik.

Anda terlebih dahulu memecah-belahkan musuh anda dan mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan medan peperangan anda sendiri.

Semua perkara yang berlaku dalam hidup anda akan membuatkan anda tertekan. Anda akan menjadi realistik apabila anda menerima kenyataan mengenai perkara yang berlaku di sekeliling anda - sama ada anda menyukainya atau tidak.

Orang disekeliling anda juga boleh menjadi musuh utama anda. Ini kerana orang yang dekat dengan anda tidak mahu anda mendapatkan apa yang anda mahu. Apa yang berlaku dalam hidup anda akan membantu anda untuk menjadi lebih kuat dan berwaspada dengan orang-orang disekeliling anda.

Apa yang berlaku dalam hidup anda akan membantu anda untuk menjadi lebih kuat dan berwaspada dengan orang-orang disekeliling anda.

Tanpa peperangan, tiada orang yang akan berjaya di medan perang. Kejayaan anda mengalahkan musuh anda akan menjadi sejarah yang sentiasa di kenang.

Kita tinggal di dalam era di mana jarang manusia menunjukkan permusuhan secara terang-terangan. Undang-undang yang wujud dari segi sosial, politik, dan ketenteraan telah banyak kali berubah dari zaman purba dahulu kala.

Anda juga memerlukan kaedah yang baru untuk mengenalpasti siapakah musuh anda.

Jarang sekali anda akan berjumpa dengan orang yang terang-terangan menunjukkan sikap permusuhan terhadap anda. Amat sukar untuk anda mendapat musuh yang secara terang-terangan menyerang anda, menunjukkan permusuhan, dan keinginan untuk melihat anda dalam kesusahan.

Sebaliknya musuh anda akan menyerang anda secara bersembunyi. Walaupun dunia hari ini lebih banyak persaingan, sikap yang agresif kurang sesuai dipraktikkan dalam zaman sekarang. Jadi musuh anda akan menyerang anda tanpa disedari dan tidak terjangka oleh anda.

Kaedah yang paling mudah untuk musuh anda merosakkan anda ialah dengan membina hubungan persahabatan dengan anda.

Mereka akan mendekati anda untuk melakukan lebih banyak kerosakkan kepada anda - musuh utama anda ialah orang-orang yang dekat dengan anda. Sekiranya mereka tidak menjalinkan persahabatan dengan anda, mereka akan menawarkan bantuan untuk membantu anda.

Pada awalnya mereka kelihatan sangat prihatin terhadap anda namun pada akhirnya mereka akan merosakkan anda untuk memenuhi agenda mereka. Musuh anda juga mungkin memiliki seni peperangan menggunakan moral anda.

kambing hitam

Mereka menjadikan anda mangsa atau kambing hitam, menjadikan anda diselubungi rasa bersalah terhadap apa yang anda telah lakukan.

Seterusnya mendapatkan apa yang mereka inginkan daripada anda. Medan peperangan di penuhi dengan pahlawan, orang yang licik, tidak boleh dipercayai, dan bijaksana. Siapa yang mempunyai strategi terbaik akan memenangi peperangan.

Dalam bahasa Latin perkataan "musuh" di sebut "inimicus" yang membawa kepada maksud "bukan kawan".

Tugas pertama anda untuk membentuk strategi ialah meluaskan makna "musuh" dalam kehidupan anda. Musuh anda ialah orang yang menentang anda, menghalang anda, dan memperlekehkan anda dengan apa jua cara.

Anda perlu mengenalpasti siapakah musuh anda iaitu orang yang ingin anda hidup dalam kesusahan.

Dengan mengenal pasti siapakah musuh anda, anda akan menyedari peluang yang tersembunyi untuk bertindak balas. Anda juga boleh terus menunggu untuk melihat apa seterusnya yang akan berlaku atau terus bertindak balas.

Anda boleh mengambil tindakan secara terang-terangan atau tersembunyi juga - untuk mengelakkan situasi yang lebih buruk berlaku. Apa jua yang anda lakukan, anda perlu bertindak sebagai predator dan bukannya mangsa.

Elakkan untuk merasa bahawa anda tidak dapat melakukan apa-apa.

Biasanya orang-orang disekeliling anda bijak menyembunyikan perasaan bermusuhan dengan anda. Namun tanpa mereka sedar mereka menunjukkan sikap-sikap permusuhan terhadap anda.

Mao Zedong Parti Komunis

Salah seorang daripada teman rapat dan penasihat pemimpin Parti Komunis Cina iaitu Mao Tse-Tung ialah Lin Biao. Lin Biao juga merupakan seorang pemimpin yang paling sesuai untuk mewarisi kepimpinan Parti Komunis pada masa itu.

Pada akhir tahun 1960-an dan awal 1970-an, Mao telah menyedari terdapat perubahan pada Lin Biao.

Lin Bao kelihatan terlalu baik pada Mao. Setiap orang memuji Mao. Lin Bao pula pada ketika itu bersungguh-sungguh menolak semua pujian yang di berikan kepada dirinya.

Pada pandangan Mao terdapat sesuatu yang tidak kena. Mao kemudian memerhati tindak-tanduk Lin dengan penuh berhati-hati.

Akhirnya Mao membuat kesimpulan bahawa Lin Biao mempunyai agenda untuk mengambil kedudukan Mao atau setidak-tidaknya menyingkirkan Mao dari kedudukan tertinggi Parti Komunis.

Tindakan Mao adalah tepat. Lin Biao sedang sibuk memikirkan strategi untuk menyingkirkan dirinya.

Moralnya ialah anda perlu menyedari siapakah musuh anda.

Anda perlu percaya dengan suara hati anda. Anda perlu menyedari perubahan perasaan anda apabila dekat dengan orang-orang yang rapat dengan anda.

Sekiranya seseorang yang rapat dengan anda membuatkan anda berasa tidak selesa, kemungkinan besar mereka merupakan musuh anda yang tersembunyi selama ini.

Sekurang-kurangnya anda mempunyai sistem keselamatan anda sendiri. Sekiranya sekarang ini anda dalam kesusahan, anda boleh duduk dahulu dan memikirkan siapakah musuh anda selama ini.

musuh

Pepatah Cina ada menyebut bahawa anda perlu memukul rumput untuk mengejutkan ular.

Seringkali cara terbaik untuk mengenal pasti seseorang ialah melalui pertengkaran dan keadaan yang tertekan. Produser Hollywood iaitu Harry Cohn yang juga merupakan Presiden Universal Pictures sering menggunakan kaedah ini.

Beliau akan sengaja membuatkan pengarah dan penulis skrip berasa tertekan untuk melihat diri mereka tanpa berselindung.

Manusia cenderung untuk bersikap baik di depan anda kerana ianya lebih mudah dan selamat. Manusia lebih jujur apabila pertengkaran terjadi.

Anda juga akan berjumpa dengan manusia yang bersifat talam dua muka - seperti sesumpah.

Tiada orang yang boleh terlepas daripada memiliki musuh kategori ini. Untuk mengenal pasti siapakah orang yang bersikap seperti sesumpah ini, anda perlu meluangkan sedikit masa untuk bertanyakan soalan yang kritikal dan tepat untuk dijawab.

Anda akan dapat mengenal pasti golongan ini setelah anda mendapat jawapan daripada soalan anda.

Kadang-kadang adalah baik sekiranya anda mengambil tindakan yang pasif apabila menyedari siapakah musuh anda.

hernan cortes spain

Pada tahun 1519, Hernan Cortes telah tiba di Mexico bersama-sama pengikutnya. Di antara 500 pengikutnya, Cortes meragui sebilangan pengikutnya yang setia.

Sepanjang ekspedisi itu, apabila Cortes melihat sesuatu yang mencurigakan dilakukan oleh pengikutnya, beliau tidak pernah menunjukkan kemarahannya atau mengambil tindakan.

Sebaliknya beliau berpura-pura bersama-sama dengan mereka. Apabila pengikutnya memikirkan Cortes seorang yang lemah dan bersama-sama dengan mereka,tindakan mereka menjadi lebih jauh lagi.

Kemudian Cortes telah menemui tanda yang jelas terdapat pengikutnya yang berpaling tadah.

Kemudian Cortes telah berjaya memisahkan diantara pengikutnya yang masih setia dan berpaling tadah. Moralnya ialah anda boleh berpura-pura tidak mengetahui siapakah musuh anda dan melihat sejauh mana musuh anda bertindak.

Secara positif, musuh-musuh anda memberikan pelbagai kesan positif. Mereka membakar semangat anda dan meningkatkan fokus anda untuk mendapatkan apa yang anda mahu.

Musuh anda juga membuatkan keyakinan anda semakin meningkat untuk mengambil tindakan dan memberikan anda inspirasi untuk terus maju.

Anda juga boleh mengukur kemampuan anda dan berpijak di bumi yang nyata apabila mempunyai musuh. Apabila anda mempunyai musuh yang kuat, anda akan menggunakan seluruh potensi anda untuk menewaskan mereka.

Sekiranya anda tewas, anda akan dapat memikirkan kelemahan diri anda. Apabila anda di serang, ianya cukup untuk membuktikan bahawa anda merupakan sasaran yang penting.

Comments

Kerja Sendiri said…
Terbukti musuh terang-terangan menyerang lebih mudah dihadapi berbanding musuh yang bersembunyi.