Sejarah Ekonomi Dunia

Sejarah Ekonomi Dunia

Secara umum, sejarah ekonomi menumpukan kepada kaedah menstrukturkan persekitaran pada masa lalu untuk menyediakan makanan, tempat tinggal, dan pakaian.

Dengan kata lain, sejarawan ekonomi berminat untuk mengkaji proses yang mana masyarakat hidup sejahtera. Namun demikian, ia tidak menyatakan sejarah ekonomi adalah kajian tentang kelangsungan hidup manusia.

Berbanding dengan maksud ekonomi iaitu menguruskan sumber yang terhad untuk memenuhi permintaan manusia yang tidak terhad pada masa ini, sejarah ekonomi menumpukan kepada masa lalu dan bukannya pada masa sekarang.

Implikasinya adalah bahawa dalam kajian kita, kita perlu mengambil kira semua ciri-ciri manusia dan bagaimana ciri-ciri ini membentuk tingkah laku kita.

Dalam sejarah ekonomi, kita memberi perhatian kepada hubungan antara tingkah laku ekonomi dengan situasi sosial, politik, dan budaya masyarakat.

konsep ekonomi

Konsep Umum dalam Sejarah Ekonomi

Ahli sejarah ekonomi yang mendapat anugerah Noble iaitu Douglass North mencadangkan perkara yang menjadi tumpuan khusus kepada ahli sejarah ekonomi adalah menjelaskan struktur institusi yang mengurus (dan menjelaskan) prestasi sistem ekonomi dan bagaimana perubahan institusi ini dari masa ke masa.

Bagi sejarawan ekonomi Rondo Cameron, tumpuan yang paling mendesak adalah untuk menjelaskan asal-usul pembangunan tidak seimbang di seluruh dunia.

Bagaimanapun, mungkin pemikiran David Landes adalah yang paling relevan pada masa ini.

Landes adalah seorang profesor sejarah di Harvard yang mahu ahli sejarah ekonomi mengesan dan memahami aliran utama kemajuan ekonomi dan pemodenan iaitu bagaimana sekumpulan manusia dam siapakah mereka dalam erti membuat, mendapatkan, dan menggunakan sumber mereka.

Konsep Umum dalam Sejarah Ekonomi

Persoalan Tentang Sejarah Ekonomi

Kita perlu bertanya beberapa soalan penting untuk memahami aliran utama sejarah ekonomi:

Apakah yang dihasilkan?

Walaupun masyarakat yang paling primitif terpaksa menjawab soalan ini. Masyarakat primitif mungkin memikirkannya dari konteks memburu dan pertanian.

Tetapi ini juga satu soalan dimana usahawan berkait dengan teknologi telah cuba mencari jawapan sejak beribu-ribu tahun dan masih berusaha untuk memberi jawapan.

*teknologi = pengetahuan saintifik yang digunakan untuk mencapai tujuan yang spesifik

Bagaimana ia dihasilkan?

Persoalan ini memaksa kita melihat sumber yang ada pada masa lalu seperti buruh dan mesin untuk memahami bagaimana barangan dihasilkan.

Melihat kepada perubahan yang berlaku kepada kaedah sesuatu produk yang dihasilkan dapat membantu kita memahami bagaimana kita hidup pada hari ini.

Bagaimana hasil keluaran diedarkan?

Persoalan ini boleh ditanya mengenai keluarga, masyarakat, dan di peringkat serantau, kebangsaan, dan antarabangsa.

Bertanya mengenai soalan ini membantu kita memahami perdagangan, pengurusan sumber, dan amalan kebajikan sosial.

Ketiga-tiga soalan ini mungkin agak mudah tetapi ia membawa kepada perbincangan tentang harga, pengurusan sumber, kaedah pengeluaran, pembangunan teknologi, buruh, bekalan dan permintaan, dan banyak lagi.

Persoalan-persoalan juga menimbulkan isu-isu yang menjadi perdebatan antara ahli ekonomi dan ahli sejarah ekonomi kerana pendekatan kajian yang digunakan adalah berbeza.

Sebagai contoh, ahli ekonomi mengamalkan sesuatu yang sedikit berbeza dengan ahli sejarah ekonomi. Mereka melihat kepada masa depan dan cuba meramalkan apa yang akan berlaku dan apa yang boleh lakukan untuk membuat keputusan ekonomi pada hari ini.

Ahli sejarah, termasuk ahli sejarah ekonomi, berorientasikan ke arah masa lalu. Mereka tidak cuba untuk meramalkan masa depan.

Ahli sejarah dan ahli ekonomi turut menjawab soalan ekonomi dari pandangan yang berbeza.

Ahli ekonomi cenderung cuba mengasingkan faktor-faktor bebas untuk mengenal pasti dan meramal tingkah laku manusia.

Tetapi kepada sejarawan, faktor-faktor yang bebas tidak dapat diasingkan.

Sebaliknya, sejarawan mencadangkan bahawa dalam usaha untuk menjelaskan apa yang berlaku pada masa lalu, kita perlu mempertimbangkan seberapa banyak faktor yang mungkin.

Sebenarnya, kebanyakan ahli sejarah menganggap semua faktor saling berhubung. Mengeluarkan mana-mana faktor akan mempengaruhi keadaan dan menyebabkan kesilapan dalam membuat keputusan.

fokus ekonomi

Fokus Sejarah Ekonomi

Sekiranya kita menyenaraikan beberapa fokus dalam sejarah ekonomi sejak 500 tahun yang lalu, kita dapat memasukkan beberapa situasi berikut:

Pembangunan pertanian yang produktif. Manusia berpindah dari aktiviti memburu kepada pertanian. Apabila pertanian menjadi produktif, manusia mula menumpukan kepada aktiviti lain. Lebihan hasil pertanian mencipta perubahan penting kepada kaedah manusia menyediakan keperluan diri sendiri.

Perkembangan kontrak dan perjanjian perniagaan. Kontrak perniagaan telah wujud selama beribu-ribu tahun tetapi bentuk ini berubah seiring waktu dan beratus-ratus tahun yang lalu - menimbulkan pelbagai perkongsian dan hubungan korporat.

Perkembangan perdagangan. Selain pelayaran Eropah yang jauh, perdagangan telah berkembang dengan pelbagai kaedah selama berabad-abad.

Perkembangan ekonomi nasional atau dinamakan oleh Adam Smith sebagai sistem perdagangan.

Perkembangan sains dan teknologi serta meningkatnya pengetahuan manusia. Idea dan teknologi baru secara radikal mempengaruhi bagaimana manusia menghasilkan sesuatu.

Peralihan kepada pengeluaran berasaskan perindustrian. Sepertimana proses terbesar dalam sejarah ekonomi moden, peralihan yang dikenali dengan nama Revolusi Perindustrian tidak semestinya berlaku secara tiba-tiba.

Revolusi perindustrian mengubah cara manusia menghasilkan sesuatu, jenis produk yang dihasilkan, dan kaedah mengedarkan produk yang dihasilkan.

Perkembangan populasi. Pertumbuhan populasi global membawa revolusi demografi, perubahan dalam kaedah pengeluaran dan peningkatan produktiviti pertanian.

Perdagangan bebas dan penggunaan besar-besaran. Konsep-konsep ini menjadi semakin penting di dunia baru perindustrian.

Imperialisme, kolonial, dan peperangan. Kuasa-kuasa imperialisme, penjajahan, dan peperangan melibatkan sebilangan besar penduduk dunia dan membentuk sempadan yang kekal diperingkat global.

Sejarah ekonomi turut menumpukan kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi.

konsep kapitalisme

Kapitalisme

Satu tema yang berulang yang melibatkan setiap topik sejarah ekonomi adalah konsep kapitalisme. Bagaimanakah kita menafikan istilah ini?

Perkataan "capital" itu sendiri agak baru. Capital bermakna Modal - pada asasnya bermaksud aset - sejak Abad Pertengahan.

Tetapi perkataan kapitalisme berasal hanya pada pertengahan abad ke-19 dalam konteks merujuk kepada sistem ekonomi. Dan kemudian ia biasanya digunakan oleh para sosialis.

Hari ini, kebanyakan orang memikirkan kapitalisme sebagai kaedah mengurus ekonomi dan pasaran melalui aliran modal atau wang tunai dan sumber lain.

Dalam erti kata lain, kapitalis bermaksud orang yang menggunakan sumber dari pihak lain sama ada dari segi wang, masa, atau kemahiran.

Beberapa ciri kapitalisme seperti berikut:

  • Pemilikkan hak oleh pihak persendirian atau swasta yang jelas
  • Kontrak yang boleh digunakan
  • Pasaran menentukan harga
  • Institusi yang menguntungkan memiliki ciri-ciri di atas.

Oleh itu, kapitalisme boleh didefinisikan sebagai sistem ekonomi di mana hak harta swasta dan persendirian yang rasional, memiliki kontrak yang boleh dikuatkuasakan bagi menyediakan fungsi yang cekap dalam pasaran yang menjana isyarat harga dan institusi yang menguntungkan wujud untuk mewujudkan insentif kepada sesiapa yang berada dalam sistem.

Dalam pernyataan umum ini, hak harta swasta merujuk kepada pemilikan, kawalan, dan pertukaran sumber atau perkhidmatan.

Walaupun begitu, konsep ini hanya sesuai dari cara berfikir tentang ekonomi pada masa sekarang daripada menerangkan mengenai realiti manusia pada masa lalu.

Aspek-aspek realiti manusia boleh dijumpai dalam tempoh yang paling lama tetapi jarang sekali terdapat sistem yang berfungsi mengikut cara kapitalisme.

Peranan institusi

Peranan Institusi

Satu lagi konsep yang akan kita perhatikan dalam sejarah ekonomi ini adalah peranan institusi. Ini adalah konsep yang lebih sukar untuk dijelaskan daripada kapitalisme.

Pada terasnya, kajian institusi adalah penilaian interaksi antara individu (dan kumpulan), syarikat, negara, norma sosial dan undang-undang, isyarat kebudayaan, dan sebagainya.

Jelas, institusi berubah dari masa ke semasa. Kaedah-kaedah yang mengawal kebanyakan tingkah laku manusia seperti norma sosial dan undang-undang, cenderung untuk tidak ditambah baik dan berubah secara dramatik.

Sebaliknya, perubahan tersebut dapat menghasilkan kekeliruan besar di kalangan watak dalam sejarah ketika mereka menerima tekanan dalam situasi mereka perlu berhubung dengan institusi yang baru.

Sebagai contoh, apabila terdapat pihak dari pelbagai budaya terlibat dalam perdagangan, salah faham dan kemungkinan pelanggaran kontrak mungkin berlaku sehingga setiap pihak perlu menyesuaikan diri dengan peraturan institusi baru.

ideologi ekonomi

Ideologi Ekonomi

Tiga perspektif ideologi dalam kajian sejarah ekonomi:

Ekonomi Neo-klasik

Pada umumnya ahli sejarah ekonomi neo-klasik menggunakan teori ekonomi untuk proses sejarah demi kepentingan memahami masa lalu.

Pendekatan ini mengikuti tradisi Adam Smith dan memandang tinggi tentang teori harga, utiliti, memaksimumkan keuntungan, dan kehadiran pelaku ekonomi yang rasional.

Satu kelemahan ekonomi neo-klasik, seperti yang diguna pakai pada masa lampau adalah bahawa ia sering bermasalah dengan isu pengguna bebas (yang merujuk kepada orang-orang yang mendapat sesuatu tanpa perlu membayarnya), dan ia mempunyai perakaunan yang berbeza untuk ideologi dalam tindakan manusia.

Marxian

Pemikiran Marxis mempunyai kesan yang signifikan terhadap sejarah ekonomi dan terus berbuat demikian hingga hari ini. Fokus asas pemikiran ekonomi Marxian adalah cara pengeluaran.

Ahli sejarah Marxis memandang setiap tempoh sejarah sebagai mempunyai identiti tersendiri, dibentuk dengan cara-cara pengeluaran dapat dimiliki, oleh hubungan manusia antara satu sama lain dalam proses pengeluaran, dan oleh bahan yang diperlukan dalam pengeluaran.

Dalam pandangan ini, semua mod pengeluaran adalah sama dan sekiranya terdapat perbezaanm perbezaan tersebut perlu diselesaikan bersama-sama.

Teori Sistem Dunia

Walaupun bukan teori terhadap sesutu peristiwa ekonomi, analisis sistem dunia mempunyai peranan penting dalam sejarah ekonomi.

Daripada melihat negara bangsa sebagai tumpuan analisis sejarah yang paling penting, teori sistem dunia bertujuan untuk menggantikan pendekatan serantau atau antara-wilayah.

Teori sistem dunia juga menolak tanggapan bahawa Marxists dan kebanyakan ahli neo-klasik bahawa hanya ada satu jalan untuk membangunkan ekonomi untuk kebanyakan negara dan wilayah.

ekonomi eropah

Eropah

Untuk memahami dunia yang kita hidup hari ini, kita harus bermula dengan memberi tumpuan kepada Eropah. Diakui, sejarah ekonomi lebih berpihak kepada Eropah yang jelas dari perspektif Eropah.

Sehingga kejatuhan Eropah, fakta menunjukkan bahawa ekonomi dunia telah lama dikuasai oleh idea dan cita-cita Barat. Agak sukar untuk menolak fakta yang bias kepada Eropah.

Pada masa lalu, ekonomi Eropah agak lembap berbanding dengan ekonomi empayar besar di Asia seperti India dan China. Namun, dalam dunia moden, sistem ekonomi dan institusi yang berkembang di Eropah dalam tempoh 500 tahun yang lalu telah digunakan. >

Bagi memahami bagaimana ekonomi dunia mencapai tempat sepeti masa kini, maka kita perlu memberi tumpuan kepada Eropah bermula pada zaman pertengahan Eropah termasuk selepas kejatuhan Empayar Rom.

Comments