1. Anda rasa tidak memiliki masa yang cukup
Anda salah dengan perasaan ini. Anda mempunyai masa yang cukup. Malah, anda mempunyai lebih banyak masa. Lihat semua blogger profesional yang menulis artikel dan menggunakannya untuk update blog mereka.
Saya boleh memberitahu anda dengan kepastian 100% bahawa mereka mempunyai jumlah jam yang sama seperti anda.
Walau bagaimanapun, kita terperangkap dalam rutin harian setiap hari. Kita membuat kesilapan dengan harapan bahawa "esok" akan ada satu atau dua jam terluang supaya kita boleh mula update blog dan kemudiannya mengetahui hari "esok" menjadi seperti hari ini juga.
Satu-satunya cara untuk anda mempunyai masa yang diperlukan bagi update blog anda adalah menyediakan masa yang diperlukan untuk menulis artikel anda. Ini bermakna anda menjadualkan masa untuk menulis seperti yang anda lakukan untuk aktiviti lain dalam kehidupan anda.
Dalam seminggu terdapat 168 jam. Anda boleh membuat jadual anda sendiri untuk meluangkan masa bagi menulis apa yang anda mahu. Apabila mempunyai deadline pada setiap hari atau setiap minggu, anda AKAN mula menaip dengan cepat.
Masalah seterusnya mengenai masa adalah bahawa anda fikir anda memerlukan sekurang-kurangnya beberapa jam untuk melakukan perkara lain yang lebih penting ketika anda bersedia untuk menaip.
Dalam jadual harian kita yang padat, jarang untuk berjumpa masa yang untuk 1 atau 2 jam. Bukan saya, dan mungkin bukan anda.
Tetapi bolehkah anda menemui lima minit semasa anda sedang menunggu di lobi, atau di lapangan terbang, atau untuk pasangan anda?
Atau mungkin juga ketika menunggu iklan ketika menonton televisyen?
Jika anda dapat melihat diri anda mempunyai lima menit percuma, maka anda baru saja menemui lebih banyak masa untuk menulis artikel anda.
Jangan katakan anda tidak boleh melakukannya. Sekurang-kurangnya anda tahu aktiviti harian anda yang tidak mendatangkan faedah kepada anda.
Saya tidak tahu masa yang anda perlukan untuk menulis satu artikel. tetapi saya tahu masa yang saya perlukan. Caranya mudah sahaja. Saya menulis sedikit demi sedikit. Saya tidak perlu risau sekiranya artikel saya belum siap.
Sekiranya anda mula menulis 10 minit sehari, anda boleh mengetahui masa yang anda perlukan untuk menyiapkan satu artikel.
Saya tidak tahu dengan hanya meluangkan masa sebanyak 10 minit sehari, berapa artikel yang anda dapat siapkan dalam masa setahun.
Mula menaip adalah kritikal. Anda sendiri yang tentukan masa untuk menyiapkan artikel anda.
Seperti penulis buku, blogger juga memiliki "writer's block". Mereka perlu tempat yang sesuai kerana bukan semua tempat boleh sesuai untuk mendapat idea untuk menulis.
Blogger ingin update blog tetapi tidak tahu apa yang perlu ditulis walaupun sudah mempunyai "outline" untuk menulis.
Kemudian melakukan perkara lain kerana beranggapan "sekarang bukan masa yang sesuai" untuk update blog.
Keadaan ini berlaku kerana memiliki "outline" artikel yang lemah. Sekiranya blogger mempunyai "outline" yang lebih spesifik, masalah "writer's block" tidak akan muncul.
2. Anda sangat yakin anda tidak mahir menulis
Ini salah! Setiap orang mempunyai keupayaan menulis. Sekiranya anda boleh bercakap, anda boleh menulis.
Penulisan yang baik hanyalah versi bercetak dari cara bercakap yang baik. Jika anda mempunyai sesuatu yang menarik untuk dikatakan, maka anda mempunyai sesuatu yang menarik untuk ditulis.
Cabaran yang anda hadapi adalah merasakan kemahiran anda menulis adalah rendah tetapi berfikir anda MESTI mengembangkan keupayaan menulis.
Abaikan fikiran anda mengenai diri anda sendiri. Tiada guna anda memandang rendah kepada diri anda sendiri.
Anda hanya perlu menulis. Artikel anda yang ke-100 sudah pasti lebih baik dari artikel anda yang pertama.
Mulakan dengan cara anda bercakap dan cara anda respons kepada teks menggunakan hp anda.
Sebaik sahaja saya menemui penulisan anda yang kurang baik, ubah cara anda berkomunikasi dengan orang lain.
Bila-bila masa anda membaca tulisan yang 'teruk', anda menyedari bahawa kata-kata yang tidak berbunyi seolah-olah seseorang sebenarnya bercakap.
Blogger terutamanya blogger travel yang jarang update blog "biasanya" menggunakan perkataan yang jarang digunakan dalam kehidupan seharian. Ini kerana mereka ingin artikel yang terbaik.
Pada pandangan saya, artikel travel yang terbaik adalah bergantung kepada sejauh mana artikel anda dapat memudahkan pelawat blog anda untuk mengetahui tentang tempat yang anda tulis.
Sudah pasti gambar yang anda ambil dapat membantu pelawat anda mendapat maklumat yang lebih baik.
Anda boleh menggunakan bahasa yang mudah dan juga perkatan yang anda gunakan dalam kehidupan seharian.
Perkara yang penting adalah pengunjung blog anda dapat memahami tulisan anda.
Anda hanya perlu menulis dengan cara anda bercakap. Kualiti penulisan anda akan terus meningkat selari dengan kemahiran anda bercakap.
Jika anda menulis cara anda bercakap, anda akan sentiasa menulis dengan baik. Sekiranya anda jarang update blog anda, saya 99% yakin cara anda menulis berbeza dengan cara anda bercakap dengan orang lain.
Semakin cepat anda melakukan sesuatu, biasanya, lebih baik anda akan melakukannya. Mereka yang melakukan sesuatu dengan baik, biasanya juga melakukannya dengan cepat.
Jika anda dapat menulis dengan cepat, anda pasti menulis dengan cara anda bercakap, dan ini bermakna anda akan menulis dengan lebih baik. Oleh itu, semakin cepat anda menulis, semakin baik perasaan anda.
Satu lagi rahsia mengenai kemampuan menulis. Apabila anda menerangkan sesuatu, cuba gunakan bahasa yang mudah. Jangan gunakan perkataan-perkataan yang jarang digunakan dalam kehidupan seharian untuk anda 'dilihat' unik atau bijak.
Orang yang memahami perkataan-perkataan yang jarang digunakan dalam kehidupan seharian sudah pasti dapat memahami perkataan-perkataan mudah.
Imej anda sebagai blogger akan lebih baik sekiranya anda dapat memudahkan pelawat blog anda memahami perkataan-perkataan yang jarang digunakan dengan bahasa yang mudah.
Anda tidak perlu risau sekiranya anda merasakan anda tidak berbakat untuk menulis. Bakat anda tidak penting. Perkara yang penting adalah artikel anda dapat dibaca oleh orang lain.
3. Anda tidak tahu apa yang perlu ditulis
Topik adalah masalah lain yang dialami bukan sahaja kepada blogger travel tetapi semua blogger. Mereka tidak tahu artikel yang akan ditulis perlu bermula dan berakhir. Dan mereka sudah pasti tidak tahu apa kesudahan artikel mereka.
Pertama, anda perlu mempunyai topik yang baik untuk artikel anda. Dengan itu, anda tahu dengan tepat kandungan artikel anda.
Topik yang anda pilih perlu cukup spesifik untuk memberi maklumat kepada pelawat blog tetapi tidak begitu umum bahawa anda cuba menulis untuk semua orang. Biarkan perkara selanjutnya menjadi artikel yang lain.
Artikel anda hanya memberi perhatian kepada topik yang anda pilih. Anda tidak akan menulis sesuatu yang sukar difahami oleh orang lain.
Anda dapat menulis sesuatu yang mudah difahahami kepada pembaca blog anda yang seterusnya mungkin akan turut membaca artikel-artikel anda yang lain.
Secara mudahnya, anda tahu permulaan dan pengakhiran artikel anda.
Sekiranya anda masih sukar untuk mencari topik untuk ditulis, anda cuba bayangkan masalah yang dihadapi oleh pelawat anda. Pelawat blog anda inginkan "tongkat sakti" atau "pil ajaib" untuk menyelesaikan masalah mereka.
Anda hanya perlu menulis apa yang mereka mungkin ingin tahu. Penyelesaian yang mudah dan berkesan mungkin dapat membuatkan mereka kembali lagi ke blog anda.
Perkataan yang mudah difahami dapat membuatkan blog anda untuk diingati.
Walaupun bakat pastinya bukan keperluan anda untuk menjadi blogger, anda perlu menyedari bahawa anda perlu mempunyai strategi untuk berjaya bagi menulis untuk blog anda.
Strategi menulis dapat membantu anda dari awal hingga akhir artikel anda. Anda mesti tahu dengan tepat mengenai artikel anda akan kelihatan sebelum anda mula menulis.
Input kreatif berlaku di peringkat mental ketika anda sedang menaip. Ia berlaku apabila anda melepaskan diri dari fikiran anda dan membiarkan tangan anda menaip perkara yang berada dalam fikiran anda.
Pada masa ini, kreativiti anda akan semakin meningkat. Apabila anda memiliki strategi yang tepat, anda sentiasa tahu apa yang anda tulis.
Blogger yang tidak mempunyai strategi menulis seperti merasakan cara yang betul untuk menulis artikel adalah dengan hanya duduk dan memulakan prosesnya selalunya bertangguh untuk update blog mereka.
Tujuan mereka memiliki blog adalah lemah dan sementara. Mereka kecewa kerana blog mereka memiliki pelawat yang sedikit.
Kemudian, mereka mula melupakan blog mereka.
4. Anda tidak bermotivasi untuk update blog
Motivasi merupakan halangan utama setiap blogger update blog dengan konsisten. Anda perlu ingat bahawa motivasi akan datang selepas anda berfikir apa yang anda mahu tulis.
Hakikatnya, anda tidak perlukan motivasi untuk menulis. Saya tiada masalah sekiranya anda mungkin tidak bersetuju dengan saya.
Pada pandangan saya, blogger yang jarang update blog (termasuk saya) tidak mempunyai tujuan yang jelas kenapa mereka memiliki blog.
Sekiranya anda seperti saya yang jarang update blog, anda cuma perlu cari sebab yang kukuh untuk anda memiliki blog sendiri. Saya tidak tahu jawapan yang betul atau salah.
Apa yang pasti, tujuan yang jelas akan membuatkan anda konsisten update blog anda. Ini kerana masalah anda tidak bermotivasi untuk update blog anda akan hilang apabila anda tahu kenapa anda memiliki blog.
Tujuan yang jelas dapat membuatkan anda lebih rajin dan kreatif untuk terus update blog anda.
Anda mungkin sudah membuat outline untuk menulis. Namun anda tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengembangkan poin-poin yang anda buat. Ini menyebabkan motivasi anda menurun.
Sekiranya keadaan ini berlaku kepada anda, pada pandangan saya, topik yang ingin tulis adalah terlalu besar. Topik yang besar memerlukan maklumat yang lebih banyak.
Anda boleh pecahkan outline anda menjadi lebih kecil untuk setiap poin anda. Kemudian buat beberapa artikel.
Anda jangan lupa, anda boleh update artikel anda pada bila-bila masa. Sekali lagim perkara yang penting adalah artikel anda dapat dibaca oleh orang lain.
5. Ragu-ragu untuk menulis
Masalah yang dihadapi oleh blogger adalah tidak yakin dengan apa yang ditulis. Ini terdapat dalam pelbagai bentuk.
Ini menjadikan blogger ragu-ragu dan merasa "tidak selamat". Rasa "tidak selamat" hanyalah wujud dalam fikiran anda sendiri.
Selagi anda tidak menulis sesuatu yang melanggar undang-undang atau isu sensitif seperti politik, agama, kaum, dan sebagainya, tiada apa yang perlu anda risaukan.
Adakah apa yang anda tulis adalah betul?
Apakah kualiti yang akan diterima oleh pelawat blog anda?
Jika anda ikhlas untuk membantu orang lain, saya boleh memberitahu anda apa yang anda lakukan adalah sebaik yang dapat diperoleh dari artikel anda.
Tidak ada yang salah dengan bahan tulisan anda. Ia boleh digunakan dengan sempurna.
Sebaik sahaja anda duduk menulis artikel, anda perlu menganggap artikel anda, tidak kira betapa baru anda menjadi blogger akan memberi kesan positif kepada pembaca artikel anda.
Mengapa?
Sebabnya mudah. Anda dapat membantu orang lain yang mempunyai masalah atau minat yang sama dengan anda.
Sudah tentu anda perlu menyedari semakin lama anda menjadi blogger, semakin banyak yang anda perlu tulis.
Seperti biasa, anda akan menjadi apa yang anda fikir mengenai anda. Sekiranya anda fikir anda seorang blogger yang rajin, kenapa anda jarang update blog anda?
Anda mungkin merasa tidak layak untuk menulis mengenai sesuatu topik.
Anda perlu sedar tiada orang yang meminta untuk anda menulis sesuatu yang sempurna. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah terus menaip.
Anda layak menulis apa yang anda suka. Sekiranya anda masih tidak yakin dapat menulis sesuatu topok, anda boleh menggunakan hp anda untuk merekod diri anda sendiri bercakap mengenai sesuatu topik.
Anda mungkin juga turut memiliki berbakat untuk menjadi vlogger.
Mana-mana kritikan terhadap tulisan anda tidak perlu anda risaukan. Sekiranya pengkritik anda lebih baik, anda perlu tahu sebab kenapa mereka tidak menulis artikel mereka sendiri.
Dan jika mereka ada artikel sendiri, kenapa mereka berhenti menulis?
Pelawat blog anda ingin mendapat maklumat yang berguna. Anda memiliki maklumat yang mereka perlukan. Kenapa tidak berkongsi dengan mereka?
Jika anda mahu menunggu sehingga anda benar-benar 'tahu semuanya' sebelum anda menulis artikel, anda akan menunggu selama-lamanya kerana lebih banyak yang anda ketahui, semakin anda menyedari anda tidak tahu mengenai sesuatu perkara.
6. Anda tidak tahu untuk bermula dan berakhir
Menulis artikel tidak perlu sukar. Malah titik permulaan adalah cukup banyak untuk anda. Terlalu sering blogger menghadapi masalah tidak tahu di mana untuk memulakan menulis.
Jawapannya: Sentiasa bermula dari poin yang paling menarik bagi anda.
Sekarang, mengapa saya meminta anda sentiasa bermula dari poin yang paling menarik?
Kerana pembaca blog anda akan membaca pendahuluan dan seterusnya scan artikel anda. Sekiranya menarik untuk dibaca, mereka akan mula membaca artikel anda dari awal.
Tujuan menulis artikel adalah untuk update blog bukan untuk terus menaip sehingga anda letih dan mengantuk. Anda mesti mempunyai titik penamat.
Anda mesti tahu bila anda akan berhenti. Jika tidak, anda akan menaip selama-lamanya. Sekiranya anda tidak mengetahui destinasi anda, anda tidak akan tahu apabila anda tiba.
Titik penamat anda hanyalah bahagian spesifik kepada pendahuluan artikel anda. Ia tidak sepatutnya menjadi kerja yang menyusahkan untuk bercerita mengenai alam semesta.
Sekiranya pelawat blog anda masih mahu lagi maklumat, mereka boleh mendapatnya dari artikel anda yang lain. Mereka mungkin akan membuat komen pada artikel anda.
Anda hanya perlu tahu artikel anda tidak akan kekal relevan buat selama-lamanya kerana dunia berubah pada setiap hari.
Sebaik mana pun artikel yang anda tulis tidak akan mampu menjawab semua persoalan yang terdapat di seluruh dunia. Anda hanya perlu menjawab soalan yang anda cipta sendiri untuk menulis artikel anda.
Anda juga boleh meminta pelawat blog anda untuk memberi idea atau pendapat mereka.
Sekiranya anda tidak tahu untuk bermula atau mengakhirkan artikel anda, anda akan terperangkap dalam "jerat fakta". Anda akan membuang masa untuk mendapat semua fakta yang ada.
Anda perlu ingat bahawa setiap fakta yang terdapat dalam kajian akademik akan membuka ruang kepada fakta yang lain.
Anda akan terperangkap untuk menggabungkan semua fakta yang anda perolehi. Sebagai seorang blogger, kerja anda hanya update blog anda.
Anda hanya perlu tetapkan masa yang spesifik untuk mencari fakta. Kejayaan dalam mendapatkan fakta adalah anda tahu fakta yang perlu anda perolehi. Berhenti mencari fakta lain selepas anda telah mendapat fakta yang anda perlukan.
7. Anda seorang yang "perfectionist"
orang yang "perfectionist" tidak mencapai apa-apa dalam kehidupan kerana inginkan sesuatu yang sempurna. Anda tidak tahu sama ada artikel anda sudah sempurna atau tidak sebelum anda "publis" di blog anda.
Anda tidak perlu risau sekiranya artikel anda tidak sempurna kerana hanya anda yang tahu mengenai artikel anda.
Artikel yang sempurna adalah tidak penting. Sekiranya anda risau melakukan kesalahan (walaupun tidak melanggar undang-undang), anda boleh memendekkan jumlah perkataan yang anda gunakan.
Artikel yang tidak sempurna akan menyebabkan pembaca anda ingin mendapatkan maklumat yang lebih mendalam. Anda boleh menulis artikel lain sekiranya masih risau artikel sedia ada belum sempurna.
Sekiranya anda ingin menulis sesuatu yang sempurna, anda hanya membuang masa anda. Anda yang menentukan gaya penulisan anda. Anda boleh menjadi blogger yang unik.
Sekiranya anda merasa anda tetap perlu menulis artikel yang sempurna, anda boleh cuba Google topik yang anda ingin tulis. Anda mungkin dapat mencari blogger lain yang telah menulis topik yang anda ingin tulis dan boleh mengkritik dengan sempurna artikel yang ditulis oleh orang lain.
Walaupun anda boleh mengkritik penulisan blogger lain, mereka sudah menulis artikel mereka dan anda masih tidak berbuat apa-apa lagi.
Dalam masa yang sama, anda boleh membaca komen daripada pelawat blog mereka. Anda boleh menambah baik artikel dari blogger lain dengan menambah maklumat sama ada dari segi fakta atau gambar. Kemungkinan juga artikel dari blogger lain sudah lama dan tidak relevan pada masa ini.
Anda mungkin mempunyai topik yang sama dengan blogger lain. Apa yang membezakan anda adalah siapa yang rajin update blog.
Anda mungkin menjadi "perfectionist" kerana anda tidak tahu apa yang ingin diketahui oleh pembaca.
Sekiranya ini menjadi masalah anda, anda cuba menulis untuk semua orang. Apabila anda menulis untuk semua orang, anda menulis sesuatu yang tidak berguna.
Sebagai blogger travel, anda boleh menulis apa sahaja mengenai travel. Anda hanya perlu tahu audiens anda. Blog anda mungkin dapat menjadi blog travel yang "best" di Malaysia atau peringkat global.
Sekiranya audiens anda orang Melayu yang tinggal di Malaysia, anda hanya perlu menulis blog dalam bahasa Melayu. Sekiranya audiens anda bukan Melayu, anda boleh menulis dalam Bahasa Inggeris. Blog anda mungkin tersenarai dalam Malaysia Travel Bloggers.
Sekiranya anda masih ragu-ragu untuk menulis, anda boleh menggunakan teknik "reverse writing". Tekniknya mudah.
Anda tidak tahu apa yang perlu ditulis. Anda hanya perlu mengambil pen dan kertas. Bahagikan kepada dua bahagian.
Satu bahagian merupakan perkara yang perlu dimasukkan ke dalam artikel anda. Satu lagi bahagian perkara yang tidak perlu dimasukkan ke dalam artikel anda.
Proses ini sedikit sebanyak akan meningkatkan kreativiti anda. Ianya bergantung kepada anda sendiri. Semakin banyak anda berlatih, kreativiti anda akan semakin meningkat.
Anda perlu ingat. Anda tidak mampu untuk memaksa sesiapa sahaja membaca artikel anda walaupun anda mungkin berfikir anda menulis artikel yang sangat berguna untuk semua orang.
Pelawat blog anda tidak peduli apa yang anda tulis. Mereka hanya mahu maklumat yang berguna untuk mereka.
Sebagai blogger, anda hanya perlu tetapkan objektif artikel anda ditulis. Ini termasuklah maklumat yang ingin anda sampaikan kepada pelawat blog anda.
Comments