Pada tahun 1974, beberapa petani China yang menggali sebuah perigi telah menemui sebuah peti besi bawah tanah yang luas. Di dalamnya terdapat penemuan hebat - beribu-ribu patung tentera terracotta.
Setiap patung ini diletakkan lebih mempunyai ketinggian lebih dari enam kaki dan beratnya kira-kira 270 kg. Mereka semua mempunyai ciri-ciri individu - seolah-olah dimodelkan dari lelaki yang masih hidup.
Tanah perkuburan ini terdapat di Li Yi, timur ibu kota Qin purba yang menjadi ibu negeri Xianyang, berdekatan Xi'an di Wilayah Shaanxi, China.
Artikel ini menerangkan mengenai penemuan yang menakjubkan ini dan seharian semasa pemerintahan kerajaan pertama China - Dinasti Qin yang berlansung dari 221 hingga 206 Sebelum Masihi.
Penemuan patung tentera terracotta yang digali hanyalah permulaan. Sejak tahun 1974, ahli arkeologi telah menemui kompleks makam yang kompleks - sebuah perkuburan untuk Qinshi Huangdi, maharaja pertama China yang menyatukan Negara China pada abad ke-3 Sebelum Masihi.
Menurut mereka bagi meneruskan kehidupan di alam akhirat, maharaja memerlukan istana, kuil, kandang, dapur, dan dewan. Terdapat pemuzik terracotta dan seluruh ahli kumpulan sarkas dari tanah liat turut dibentuk untuk hiburan.
Persekitaran di sekeliling makam maharaja terdapat perkuburan para pembesar dan pegawai maharaja - penguasa empayar yang kekal abadi.
Maharaja China Pertama - Qinshi Huangdi
Terdapat rekod yang menakutkan tentang pemerintahannya dalam sebuah buku yang bertajuk Records of the Grand Historian ditulis pada abad pertama Sebelum Masihi oleh ahli sejarah dinasti Han iaitu Sima Qian.
Antara dosa yang dilakukan oleh maharaja adalah membunuh ratusan sarjana dan membakar beribu-ribu buku dalam usaha untuk menghapuskan alternatif kepada perundangan Dinasti Qin.
Itulah kesan doktrin yang tidak bermoral apabila penguasa boleh melakukan perundangan sewenang-wenangnya.
Walau bagaimanapun, kajian akademik terkini meragui kesahihan Records of the Grand Historian. Sebagai contoh, semua buku dan sarjana yang hilang mungkin hanya dipindahkan ke perpustakaan dan akademi di ibukota Qin, di mana usaha intelektual mereka boleh berkembang.
Maharaja pertama China memiliki kecenderungan untuk menggunakan sistem piawaian dan pemusatan kuasa seperti strategi yang digunakan untuk menyatukan seluruh China.
Ketika maharaja yang berusia 13 tahun bernama Ying Zheng memegang takhta Dinasti Qin pada 247 Sebelum Masihi, kerajaan Qin hanyalah salah satu dari tujuh negeri utama di China yang dikenali dengan nama Negari Peperangan.
Menjelang 221 SM, negeri-negeri lain telah ditakluk.
Ying Zheng dan Qin menang kerana aktiviti utama kerajaannya adalah untuk berperang melalui kawalan birokrasi berpusat. Qin adalah sangat autokratik berbanding dengan negeri-negeri lain yang dipengaruhi oleh golongan kaum bangsawan.
Birokrat Qin - terpilih dan dinaikkan pangkat berdasarkan merit - didaftarkan secara sistematik dan cukai dikenakan kepada penduduk yang semakin meningkat serta menggunakan hubungan diplomatik dengan empayar lain untuk melaksanakan projek-projek kerja awam yang berskala besar.
Ciri Utama Dinasti Qin
Ciri utama Dinasti Qin adalah penyelarasan. Sebagai contoh, penyelarasan pemerintahan dalaman, kod undang-undang Qin diselaraskan, unit ukuran - berat, panjang dan lebar, serta penggunaan mata wang.
Pihak kerajaan memperkenalkan skrip bertulis yang lebih mudah. Apabila kerajaan berkembang, ia menggunakan penyeragaman untuk meneruskan penguasaan di wilayah-wilayah yang ditakluk.
Pasukan utama tenteranya adalah infantri (tentera darat bersenjata). Beratus-ratus ribu remaja lelaki menerima senjata, perisai, dan latihan yang sama.
Negeri itu memiliki lombong tembaga dan timah, membina relau peleburan, dan membuat senjata menggunakan gangsa yang memenuhi piawaian kerajaan Qin.
Panah mekanikal yang dibuat dari gangsa (crossbow) yang terdapat dengan patung terracotta dibuat dengan rapi dan mudah digunakan. Komponen-komponen crossbow ini boleh ditukar ganti dan mempunyai picu yang mampu mencapai sasaran dalam jarak beberapa kilometer.
Ibukota: Xianyang
Ibukota kerajaan pertama China adalah Xianyang, terletak di Lembah Sungai Wei - merupakan koridor timur-barat utama dari dataran China Utara. Sebahagian besar negeri Qin adalah tanah pertanian yang berdaya saing dan secara semula jadi subur.
Ia merupakan kubu yang selamat untuk tempoh penyatuan abad ke-4 Sebelum Masihi dan melakukan panaklukan pada abad ke-3 Sebelum Masihi.
Xianyang adalah bandar yang berdinding dan memiliki banyak istana. Ia menempatkan istana Qin yang asal, replika istana diraja dari enam Negara Berperang yang Qin telah ditaklukkan, dan sebuah istana baru diraja.
Xianyang menjadi kawasan perumahan kepada banyak pegawai kerajaan. Kerajaan mempunyai kementerian untuk agama, cukai, pertanian, kuda, peperangan, dan penulisan serta penguatkuasaan undang-undang.
Juga terdapat kementerian lain untuk jalan dan dinding.
Pertanian
Pada abad ke-4 Sebelum Masihi, kerajaan Qin memutuskan bahawa semua tanah pertanian harus diukur menggunakan grid lurus. Grid tengah perlu dijadikan jalan dan ladang milik keluarga dibatasi oleh laluan untuk berjalan kaki.
Keadaan ini berlaku kerana kerajaan ingin membuat anggaran hasil pertanian yang diperolehi oleh petani.
Sistem grid ini memudahkan perakaunan kerajaan dan membantu pegawai kerajaan menjana idea yang lebih baik berkaitan dengan hasil tanaman, hasil cukai, dan populasi penduduk.
Ia adalah satu bentuk kawalan sosial. Sistem grid dapat mengenal pasti kesetiaan keluarga petani dan masyarakat tempatan kepada kerajaan dan mengubah kawasan kampung menjadi lebih terbuka dan rapat dengan unit pentadbiran.
Teknokrat Qin juga menerbitkan manual pertanian dan mencuba tanaman baru. Syarikat-syarikat milik negeri dan swasta sama-sama mencipta peralatan pertanian yang dibuat daripada besi.
Negeri Qin turut memiliki teknologi membina kilang bijirin untuk memproses hasil tanaman.
Perkuburan Terracotta
Tidak lama selepas Ying Zheng menjadi raja, beliau memilih tapak perkuburan diraja yang bernama Li Yi. Ia terletak di kaki Gunung Li, kira-kira 20 batu dari Xianyang.
Kawasan ini terkenal dengan lombong emas dan jed serta kaya dengan tanah liat. Tanah liat yang banyak itu menjadi sebab yang munasabah begitu banyak barang-barang perkuburan dibuat dari terracotta (terracota bermaksud seramik / tembikar).
Tempat suci ini didominasi oleh sebuah makam piramid yang sangat besar - sebuah makam diraja.
Ia dikatakan mengandungi keranda dan barang-barang perkuburan maharaja serta memiliki model binaan seluruh dunia dengan ibukota kerajaan terletak di tengah-tengah model.
Langit dipetakan di atas, lautan dan sungai di lantai yang mengalirkan raksa.
Dinding luaran necropolis (perkuburan kuno yang luas) dikelilingi dengan kemudahan sokongan seperti dapur, pejabat, dan kandang.
Menurut Sima Qian, terdapat 30,000 isi rumah ditempatkan di sini untuk mengusahakan projek terracota ini.
Li Yi adalah pusat industri yang lengkap dengan orang-orang yang mahir mengikut bidang masing-masing seperti tukang rumah, batu, cat, dan seramik serta juga lukisan.
Di sebelah timur makam diraja - dan lebih daripada satu kilometer di luar dinding luar - ialah tentera terracotta, lebih daripada 7,000 unit.
Orang China kuno melihat kehidupan akhirat sebagai versi yang lebih lama dalam kehidupan ini, termasuk struktur sosial yang sama dan memerlukan keperluan harian seperti makanan, wang, pakaian, dan peralatan.
Kenapa maharaja memerlukan tentera?
Maharaja pertama obses dengan keabadian. Dia menghantar ekspedisi ke seluruh empayar untuk mencari ahli kimia dan perubatan - dan juga melindungi mereka.
Sekiranya keabadian di luar jangkaannya, dia masih mampu memiliki status maharaja di alam akhirat. Dia mengharapkan dewa memberikannya keistimewaan dan membantu dinastinya bertahan untuk generasi yang akan datang.
Orang-orang dari semua lapisan sosial di Dinasti Qin adalah sama walaupun tiada kedudukan tinggi sebagai persiapan untuk kehidupan akhirat.
Sebagai contoh, ahli pertukangan dijangka akan turut menjadi ahli pertukangan di akhirat, dan dikebumikan dengan barang keperluan harian mereka di kawasan perkuburan.
Kepercayaan ini berterusan sehingga hari ini dengan menggunakan wang hantu dan persembahan lain di seluruh Asia.
Ia adalah tradisi untuk menghormati nenek moyang dan membekalkan mereka dengan cara simbolik untuk bertahan dan berkembang maju lama selepas kematian.
Bagi maharaja yang menyatukan China secara peperangan, tentera untuk kehidupan akhirat adalah masuk akal.
Lagipun, tentera menghadap timur, bersedia untuk berperang dan sebagai simbol dominasi Qin terhadap raja-raja yang telah mati yang berperang dengan maharaja ketika masih hidup.
Membina Tentera
Seperti hampir semua perkara lain di sekitar ibu kota, susunan dan pembakaran patung-patung terracotta dijalankan seperti tentera: hierarki, birokratik dan meritokrasi.
Kejayaan diberikan ganjaran dan kegagalan diberi hukuman. Contohnya, orang yang membuat patung terracotta yang tidak sempurna akan dipecat.
Sekiranya anda memiliki kemahiran tinggi untuk membuat patung, anda mungkin mendapat kenaikkan pangkat sekiranya turut serta dalam pembinaan terracotta.
Artis yang berkemahiran tinggi melakukan kerja yang sempurna pada patung tentera telah dibayar menggunakan duit syiling diraja.
Mereka menggunakan peralatan yang seragam dan mengukur peralatan yang dihasilkan dalam bengkel kerajaan.
Mereka dapat menggunakan jalan kerajaan, bekerja dalam organisasi yang tersusun, dan hidup dalam masyarakat yang dengan status sosial yang tinggi.
Namun untuk semua penyusunan semula dan penyeragaman, tentera yang muncul dari proses ini sangat berbeza. Tidak ada dua patung yang sama dan ini menunjukkan banyak mekanisme diperlukan untuk membuat tentera terracotta.
Malah pada jarak jauh, variasi itu jelas. Semakin dekat, lebih banyak variasi patung dapat dilihat: ekspresi wajah dan jenis badan semuanya kelihatan unik. Variasi menjadi lebih jelas sekiranya kanta pembesar digunakan untuk melihat lukisan tangan pada setiap patung.
Oleh kerana setiap tentera adalah berbeza, ada yang membuat spekulasi bahawa mereka adalah model dari anggota terpilih tentera diraja tetapi itu boleh dipertikaikan. Sebaliknya variasi timbul daripada bagaimana ia dibuat.
- Terdapat sebanyak 100 pasukan yang terdiri 10 orang yang berbeza dalam setiap pasukan, dibawah seliaan ketua tukang yang membuat patung setiap pasukan. Setiap pasukan menghasilkan gaya tubuh yang berbeza.
- Terdapat beberapa fasa bagi membina patung-patung ini. Berbanding dengan menggunakan acuan, bahagian atas dibuat secara beransur-ansur menggunakan tanah liat yang masih basah. Ini menghasilkan banyak variasi dalam bahagian atas patung-patung ini.
- Fasa terakhir sebelum dibakar adalah meletak dan menyusun gaya rambut, janggut dan misai pada muka serta kelengkapan di atas kepala. Tanah liat bagi setiap lapisan diletak secara beransur-ansur ketika tanah liat masih lagi dalam keadaan basah dan dibentuk menggunakan tangan manusia. Sistem pengeluaran pelbagai fasa ini akan menjadikan setiap patung adalah unik. Variasi haba, kelembapan, dan komposisi tanah liat juga akan mempengaruhi hasil kerja.
Pembinaan 100 pasukan boleh menghasilkan 700 patung tentera setiap tahun. Terdapat empat lubang bawah tanah yang luas di tapak perkuburan ini:
- Lubang 1: Mengenadungi 6000 patung tentera
- Lubang 2: Ibupejabat
- Lubang 3: Unit pengawal
- Lubang 4: Kosong
Sekiranya maharaja masih lagi hidup pada tahun 210 Sebelum Masihi, adalah mudah untuk membuat andaian akan terdapat beberapa ribu lagi patung tentera dalam lubang ke-4/
Sebaik sahaja setiap patung askar disejukkan, satu lagi kumpulan tukang cat akan bekerja bagi menjadikannya indah.
Patung tentera yang telah siap kemudiannya dipindahkan mengikut posisi masing-masing dari belakang ke depan didalam lubang yang telah siap digali.
Lubang itu sendiri diliputi oleh bumbung kayu dan jubin yang besar. Apabila berada dalam formasi yang telah lengkap, setiap patung tentera dilengkapkan dengan senjata yang sebenar.
Tentera terracotta adalah sebahagian kecil tamadun peninggalan Dinasti Qin yang pendek. Makam perkuburan di Li Yi, Dinasti Qin datang dengan pasukan lengkap. Teknik yang digunakan bertujuan menguruskan tentera untuk kehidupan akhirat.
Tamadun Dinasti Qin telah membuktikan ekonomi mereka adalah berasaskan kepada perindustrian pada zaman mereka.
Populasi penduduk yang tinggi, teknologi canggih dan birokrasi yang sihat menghasilkan kemajuan besar seperti makam terracotta, pembinaan jalan, dan dinding serta mungkin juga sistem pertanian.
Namun begitu, kerajaan Qin tidak dapat mengawal segala-galanya - bukan sahaja variasi antara tentera-tentera terracotta malahan juga mencegah kematian maharaja.
Rakyat yang jauh dari Xianyang semakin jauh. Semakin besar perbezaan berlaku antara menjadi pemerintah yang ideal dan memahami masalah dan realiti di negara yang besar mengandungi pelbagai negeri.
Lebih-lebih lagi, obsesi maharaja pertama dengan autokratik dan membangunkan projek-projek awam berskala besar sebagai simbol pemegang empayar. Rakyat bangkit memberontak sejurus selepas kematiannya.
Comments