Permulaan ajaran Dao dan Buddha di China

buddha china

Dinasti Han jatuh pada tahun 220 Masihi sekaligus meninggalkan zaman keemasan yang pertama di China. Untuk tiga dan setengah abad yang seterusnya, pewaris dinasti secara bertindih memerintah di tengah-tengah huru-hara politik dan pergolakan sosial.

Pada masa ini, dua tradisi keagamaan mengambil alih: Buddhisme dan Daoisme yang menjadi fokus artikel ini.

Latar Belakang Buddisme

Buddhisme adalah idea asing paling penting di China. Para sami dan sutra Buddha telah berada di China sejak abad ke-1 M.

Kubu tentera di sepanjang laluan perdagangan Asia Tengah telah memudahkan perubahan budaya antara China dan India.

Para sami India yang mengembara ke China belajar berbicara dan menulis bahasa China dan mereka menjelaskan ajaran Buddha kepada rakyat China yang ingin tahu.

Buddhisme mula bertapak di utara dan barat laut China. Ianya menarik golongan peniaga dan tentera asing untuk berpindah ke sana dari melangkaui Asia Tengah.

Tetapi apabila diterjemahkan ke dalam bahasa China, sutra Sanskrit menarik perhatian yang lebih luas dan mula tersebar ke selatan.

Buddhisme menyatakan bahawa keinginan adalah penyebab semua penderitaan - menangani kekacauan dan kesengsaraan yang melanda kehidupan rakyat China dalam tempoh ini.

Buddhisme juga mendapat pengiktirafan rasmi. Kerajaan menyediakan peruntukkan untuk pembinaan biara dan perpustakaan besar, menampung perbelanjaan untuk berkunjung ke India serta membiayai projek terjemahan besar-besaran.

Salah satu daripada 156 kerajaan yang memerintah China pada abad ke-4 - agak mengelirukan - dikenali sebagai Dinasti Qin Lama - merupakan titik penting hubungan antara China, Asia Tengah, dan dunia luar.

Bekas Dinasti Qin begitu bersemangat dengan ajaran Buddha membuatkan mereka melakukan ekspedisi ketenteraan di Asia Tengah untuk membawa pulang satu-satunya pakar berkaitan dharma iaitu Sami Kumarajiva dari bandar oasis di Kucha.

Apabila tiba di Chang'an, Kumarajiva mengarahkan beribu-ribu sami dalam projek penterjemahan penting. Keinginan untuk memahami Dharma - atau ajaran Buddha - kelihatannya satu perkara yang sangat kritikal untuk dipenuhi.

Dinasti utara yang kemudiannya dikenali sebagai Wei Barat akhirnya menggantikan Dinasti Qin Lama. Wei Utara adalah pengikut utama Buddhisme.

Mereka menjadikan Buddha sebagai agama rasmi dan membiayai pembinaan gua-gua yang indah di Yungang - terletak di wilayah Shanxi pada hari ini.

Menjadi Pengikut Buddha

Salah satu cara untuk hidup sebagai seorang pengikut Buddha adalah sebagai orang awam, melakukan kerja-kerja baik, dan cuba menyelaraskan diri dengan ajaran Buddha.

Tetapi jika seseorang itu ingin menjadi sami, memerlukan dedikasi yang tinggi. Bagi menjadi sami, seseorang mesti meninggalkan semua ikatan keluarga dan menggunakan nama baru.

Untuk menyertai sangha - komuniti biarawan - seseorang perlu memisahkan diri dan masyarakat dengan ekstrem.

Ini bermakna seseorang meninggalkan kerja masing-masing dan semua harta benda serta hanya hidup cukup dengan bersederhana. Seseorang juga harus mengambil keputusan untuk hidup bujang, tidak bergaul dengan masyarakat, dan mencukur kepalanya sebagai simbol menolak keegoan dan kesombongan.

Menjadi seorang sami di awal pemerintahan China bukan perkara yang mudah. Tetapi terdapat ganjaran, seperti kesejahteraan rohani dan berpotensi mencapai nirvana.

Nirvana adalah perkataan Sanskrit yang bermaksud "memadamkan"; dalam konteks ini, ia bermaksud memadamkan jiwa dan menamatkan kitaran penjelmaan semula yang seterusnya datang bersama bersama penderitaan yang tidak dapat dielakkan.

Terdapat juga tempat untuk wanita di sangha. Biarawati Buddha menawarkan perlindungan kepada wanita China terutamanya janda.

Mereka ditempatkan di bangunan khas dan dididik menuju jalan kebenaran dan menjadi tempat perlindungan bagi wanita yang mengalami masalah rumah tangga yang didominasi oleh kaum lelaki.

Buddhisme mengenal pasti empat kebenaran mulia:

  1. Kebenaran penderitaan
  2. Kebenaran penyebab penderitaan - keinginan
  3. Kebenaran menghilangkan penderitaan - melepaskan keinginan
  4. Kebenaran laluan yang membawa kepada nirvana - menamatkan penderitaan

Ia juga merangkumi tiga harta sebagai petunjuk kehidupan, sanbao:

  1. Buddha - pertama mencapai Nirvana dan sumber pertama pencerahan.
  2. Dharma - ajaran Buddha
  3. Sangha - komuniti sami dan biarawati yang mengajarkan tentang Buddha dan dharma
Sami Buddha China Faxian di runtuhan istana Ashoka

Sami Faxian Pergi ke India

Buddhisme di China pada permulaan menumpukan kepada dharma. Menurut Sami Faxian yang hidup pada abad ke-4 dan ke-5 Masihi, undang-undang yang mengawal sangha di China adalah "cacat dan tidak sempurna".

Beliau kemudian berangkat mencari dharma dari sumbernya iaitu di India.

Pada 399 Masihi, Sami Faxian dan sekumpulan sahabat berangkat dari Chang'an. Dia kemungkinan berusia 60-an pada masa itu.

Selepas bermalam di Dunhuang, sebuah kota yang sangat strategik dan mementingkan keagamaan, rombongan ini memulakan perjalanan yang panjang melalui padang pasir di Asia Tengah.

Banyak rekod Sami Faxian dalam jurnalnya berkaitan bagaimana bertuahnya kehidupan seseorang sekiranya memahami dharma difahami dan diikuti.

Ini secara tidak lansung menunjukkan bahawa China pada zaman purba memiliki tamadun yang hebat.

Sami Faxian akhirnya mendapati bahawa dharma berkembang di India, tidak berkurangan kerana sejarah pengasas Buddha iaitu Siddharta Gautama berada di mana-mana.

Pada 414 Masihi, Faxian akhirnya kembali ke China. Pengembaraan yang mengambil masa selama 15 tahun itu menjadi rangsangan dan mendapat perhatian meluas dikalangan pengikut Buddhism masyarakat awam yang ingin tahu mengenai tanah air dan ajaran Buddha yang benar.

Beribu-ribu rakyat China mengikut jejaknya dengan pergi mengembara mencari dharma pada abad yang berikutnya.

Kelahiran Laozi - pengasas Dao China

Daoism / Taoism

Perkembangan Buddhisme sebagai sebuah institusi keagamaan di China memberi ilham agama asli China yang dinamakan Dao yang saling melengkapi dan bersaing. Seperti Buddhisme, Daoisme menggalakkan penganut untuk mencari pencerahan dan inspirasi di luar masyarakat.

Daoisme bertujuan untuk mengharmonikan kehidupan manusia dengan Dao - sifat organik alam semesta. Terdapat dua asas teks Daoisme.

Pertama ialah Daodejing yang juga dikenali sebagai Classic of the Way of Power yang dikaitkan dengan Laozi, seorang ahli falsafah semi-lagenda abad ke-6 Sebelum Masihi.

Yang kedua adalah Kitab Zhuangzi yang mengandungi ajaran Master Zhuang - hidup pada peralihan abad ke-4 hingga ke-3.

Teks yang berkaitan, Yijing atau Book of Changes menawarkan cara bagi pelajar-pelajar awal Laozi dan Zhuangzi untuk mematuhi hukum alam semula jadi.

Asas tekstual Daoism mendahului pra-penyatuan kerajaan China pada abad ke-3 SM tetapi ajaran Daoisme hanya benar-benar bersatu pada abad ke 3-5 Masihi dalam tempoh berlakunya perpecahan politik di China.

Terdapat keinginan kuat terhadap kedua-dua teks Buddha dan Dao yang bermula semasa Tempoh Tiga Kerajaan abad ke-3 dan dipercepat semasa zaman pemerintahan dinasti Utara dan Selatan yang berlansung kira-kira 316-589 Maishi.

Ketika Dinasti Han jatuh pada 220 Masihi, tiada keruntuhan sistem yang lengkap. Sebaliknya, empayar Han dibahagikan kepada tiga negeri besar yang diperintah oleh para komander tentera veteran dan negarawan Han.

Untuk masa yang singkat pada tahun 280-an, perpaduan telah dipulihkan oleh dinasti yang dinamakan Dinasti Jin tetapi tidak bertahan. Perpaduan dinasti telah berpecah-belah kerana perang saudara.

Dinasti Utara memudahkan kemasukan perdagangan dan sistem kepercayaan asing terutamanya Buddhisme.

Sementara itu, kanak-kanak golongan keluarga kaya yang tidak berminat menyertai perkhidmatan kerajaan menggunakan minat dan kreativiti mereka ke dalam budaya yang baru muncul dalam penerokaan kesusasteraan, falsafah, kimia, saintifik, dan metafizik.

simbol tao - ying yang

Xu Mi dan Xu Hui - ayah dan anak lelaki - membentuk kumpulan mistik Tao. Mereka membantu mengisi keperluan untuk melakukan penerokaan metafizik pada abad ke-4 dan awal abad ke-5.

Mereka mendakwa boleh berkomunikasi dengan Syurga Paling Tinggi.

Teks-teks mereka yang diterima dari Syurga secara kolektif dikenali sebagai wahyu-wahyu Maoshan - selepas keluarga Xu bertapa di Gunung Mao - selari dengan falsafah para guru Daoist peringkat awal dengan sistem kepercayaan dikalangan keluarga miskin di bawah Lembah Yangtze.

Manakala golongan elit berpendapat Wahyu-wahyu Maoshan sebagai titik perubahan utama dalam evolusi Daoism berbanding panduan teks-teks purba yang bercelaru kepada pendekatan agama yang teratur.

Pengajaran Daoist yang paling ikonik - dijadikan ikon oleh pengamal kitab-kitab Dao - adalah kehidupan sederhana dan semula jadi.

Sekiranya anda seorang sarjana yang rasmi di abad ke-4 atau ke-5, anda mungkin tertarik dengan kehidupan golongan yang miskin.

Contohnya adalah petani lelaki yang mengorbankan kepentingan diri sendiri untuk hidup sederhana, merasakan dirinya lebih berhubung dengan alam semula jadi - dan lebih banyak berhubung dengan petani lain yang sederhana - berbanding dengan pegawai kerajaan yang bersaing untuk jawatan dan prestij.

Mengikut ajaran Daoisme juga dengan mudah menjelaskan rasional kenaikan dan kejatuhan dinasti.

Apabila seseorang individu tidak dilibatkan secara peribadi dalam percaturan politik, lebih mudah untuk menjelaskan mengenai kebangkitan dan kejatuhan dinasti - dan turut dapat menjelaskan kenapa keluarga yang besar dapat bertahan dalam jangka masa yang panjang.

Daoisme mempunyai kesan budaya yang besar. Seni - terutamanya lukisan dan puisi - adalah cara untuk mengatasi dunia buatan.

Tao Yuanming penyair China

Penyair pertama China yang terkenal bernama Tao Yuanming. Tao boleh dikatakan dapat membaca syair dari hampir semua genre serta gaya hidup.

Seperti Buddhisme, terdapat banyak cara untuk menjalani kehidupan Daoist. Anda boleh meninggalkan semua kerja anda untuk mengikuti Dao.

Anda juga boleh menjadi pengikut Dao secara sambilan dengan bekerja sepanjang minggu tetapi pada hujung minggu dan hari cuti, anda perlu bersiar-siar di bukit-bukit atau bermalam di kebun anda.

Tao Yuanming termasuk dalam kedua-dua kategori ini. Beliau berhenti dari bekerja dengan kerajaan dan meneruskan hidup dengan bekerja diladangnya dimana manusia dan alam dapat saling berhubung.

Ungkapan dalam bahasa China yang diterjemahkan sebagai sifat atau semulajadi dikenali dengan nama ziran, secara harfiah bermaksud "keadaan seadanya". Ini adalah konsep teras Daoism dimana Tao berusaha keras untuk menyatakannya dalam puisinya:

Saya memetik bunga di pagar timur,

Dan melihat pergunungan yang jauf di selatan,

Udara gunung segar seperti waktu senja,

Sekawan burung terbang kembali,

Semua perkara ini terdapat kebenaran sejati,

Bila saya cuba untuk menyatakannya,

Saya tidak menemui kata-kata yang tepat.

Tao seolah-olah peka terhadap Dao, kebenaran yang hebat, tanpa menguji kedalamannya.

Oleh kerana Daoisme membebaskan Tao daripada kekangan sosial, usaha ini diambil mudah dengan hanya mengambil banyak minuman keras. Dalam autobiografinya, Tao merujuk kepada dirinya sebagai berikut:

Dia mempunyai kelemahan khas untuk arak kerana tidak boleh selalu membelinya,

Rakan-rakannya mengetahui ini, sering menjemputnya minum bersama.

Terdapat percanggahan yang melibatkan pertanian dan Daoisme. Seperti yang diketahui umum bahawa pertanian adalah selaras dengan alam semula jadi, petani sering berperang dengan alam semula jadi.

Dalam tahun-tahun yang tidak direkodkan, kehidupan seorang petani adalah tiada jaminan, kesusahan, dan kemiskinan, diakui oleh Tao sendiri.

Manusia memerlukan makanan dan pakaian untuk hidup serta menjalin persahabatan untuk menikmati kehidupan.

Tao juga cuba menggambarkan sesuatu yang tidak dapat dijelaskan - mungkin tidak sesuai dengan ajaran Dao menggunakan puisi - cara yang lebih baik berbanding dengan pilihan yang lain.

Akhirnya, Tao menjadi kritikal terhadap orang-orang yang menjauhkan diri dari ajaran Dao yang seterusnya mendaki puncak kuasa dan prestij ketika masih hidup.

Dia meragui orang-orang yang berpegang teguh dengan ajaran Dao terutamanya mereka yang berfikir bahawa mereka boleh menipu alam dan mencapai keabadian.

Comments