Kejayaan dan Tragedi Pada Penyair di Zaman Dinasti Tang China

Li Bai mencabar orang lain untuk minum

Mencipta seratus syair

Tidur dalam bar di Chang'an

Walaupun dipanggil menaiki tongkang empayar

Dia tidak memaksa

Menggayakan dirinya sebagai Pemabuk Abadi

Ini merupakan syair dari Da Fu iaitu penyair kontemporari pada zaman Dinasti Tang pada bad ke-8. Berbeza dengan Li Bai, Du Fu hidup dalam kemewahan diatas kurniaan maharaja berbanding dengan Li Bai yang merupakan penyair pemabuk yang tidur dalam bar di Chang'an iaitu ibu kota purba Wilayah Shaanxi pada hari ini.

Pada sekitar tahun 740-an dan 750-an merupakan zaman keemasan China - puncak kekayaan, kuasa, dan kebudayaan. Dinasti Tang yang memerintah menjadi model untuk tamadun Asia. Pentadbiran dan perundangan di Jepun, Korea, dan Vietnam hampir semua dipinjam dari sistem undang-undang Tang, seni sastera Li Bai, dan juga seni bina.

Dinasti Tang memerintah dari 618 hingga 907 Selepas Masihi dan merupakan hasil dari gabungan etnik dan budaya China dan Asia Tengah. Keluarga bangsawan iaitu keluarga Li, adalah pahlawan yang berasal dari nomad Turki. Golongan bangsawan pada zaman Dinasti Tang berkongsi hobi iaitu menunggang kuda dan bermain polo - sebuah sukan yang dimainkan oleh lelaki dan wanita.

Dinasti Tang terdiri dari golongan bangsawan tetapi juga sangat inklusif. Mahkamah diraja terdiri daripada gabungan pegawai-pegawai China dan Asia Tengah serta memiliki pelbagai budaya dan sistem kepercayaan. Sebagai contoh, Dinasti Tang mempromosikan tiga sekolah yang sangat berbeza yang dikenali sebagai tiga ajaran:

  1. Confuciusnism dengan penekanannya pada hierarki, khidmat dan moral.
  2. Daoism dengan mencari keseimbangan dengan alam semesta.
  3. Buddhisme iaitu agama asing dengan doktrin ketidaksempurnaan dan penolakan keinginan pada kebendaan.
puisi

Puisi

Semasa pemerintahan Dinasti Tang, peranan puisi semakin berkembang. Genre utama pada zaman awal Dinasti Tang adalah dalam bentuk puisi mahkamah. Penguasa awal Dinasti Tang ingin perkara utama yang diberi perhatian adalah politik, ekonomi, dan budaya - termasuk puisi.

Oleh itu puisi mahkamah adalah formal dalam topik dan gaya, dikhaskan untuk penonton mahkamah, dan membabitkan topik-topik mahkamah. Ia tidak dapat dipisahkan dari kehidupan rasmi dan ditambah kepada kurikulum peperiksaan diraja pada tahun 680.

Obsesi Dinasti Tang dengan pematuhan oleh rakyat secara beransur-ansur semakin berkurang. Puisi secara semula jadi berubah bentuk ke aspek lain dalam golongan bangsawan yang menimbulkan genre baru puisi seperti puisi alam, puisi taman, dan puisi berdasarkan situasi iaitu puisi mengenai peristiwa sosial.

Wang Wei

Li Bai dan Du Fu mengikuti jalan hidup oleh pemuzik, pelukis, penyair, dan negarawan terkenal pada zaman Dinasti Tang abad ke-8 iaitu Wang Wei. Wang Wei adalah penyair handal dalam puisi mahkamah yang menggunakan kemasyhurannya untuk mempromosikan alternatif kepada genre puisi mahkamah yang membosankan. Di antara pencapaiannya yang paling besar adalah puisi alam yang jauh dari puisi mahkamah dan disampaikan dalam syair dengan cara yang amat bersemangat.

Wang Wei turut menetapkan piawaian dalam puisi situasi. Antara contoh bagaimana puisi situasi boleh berlaku seperti berikut:

Apabila seseorang pegawai baru perlu bertugas jauh dari Chang'an, kawan beliau boleh menemani beliau sepanjang perjalanan yang pertama. Apabila mereka berhenti rehat pada waktu malam, mereka minum banyak arak dan menulis puisi untuk menandakan perjalanan mereka.

Berikut adalah potongan puisi situasi dari Wang Wei:

Hujan pagi di Weicheng melembabkan tanah berdebu,

Semua hijau di sekitar rumah tetamu,

Warna-warna willow (pokok) segar,

Mengapa tidak minum satu lagi mangkuk wain?

Apabila anda pergi ke barat melepasi Yang Pass (kawasan larangan) tidak akan ada kawan lama.

Penyair Dinasti Tang membentuk seni dengan sangat serius. Walaupun begitu, puisi yang terhasil menjadi sangat menyenangkan - terutama dinyanyikan. Muzik adalah kepakaran ahli istana Chang'an.

Satu bentuk puisi yang sangat popular ialah lirik lagu. Golongan bangsawan akan mencabar satu sama lain untuk tampil dengan ayat seterusnya manakala orang-orang istana memainkan alat muzuk dengan melodi yang sesuai.

Puisi juga dikongsi dalam surat peribadi dan kadang-kadang dilakar di bahagian lukisan dan turut diukir pada daging kosong.

maharaja china

Li Bai

Puisi adalah hobi golongan elit tetapi ia membuka jalan bagi orang luar untuk memecah lingkaran golongan elit. Li Bai dan Du Fu merangkumi fenomena ini. Walaupun tidak dilahirkan dalam keluarga bangsawan tetapi kedua-duanya mencapai tahap kemasyhuran dalam hidup mereka terutama Li Bai.

Dilahirkan pada tahun 701, Li Bai pada dasarnya rakyat biasa yang tidak diketahui asal-usulnya. Bapanya adalah seorang pedagang yang berpindah dari Asia Tengah ke sempadan Sichuan di barat daya China.

Li Bai berkongsi nama keluarga yang sama sebagai Maharaja Tang dan ahli falsafah Daoist aitu Li Dan yang lebih dikenali sebagai Laozi. Li Bai merasakan kemungkinan kekeluargaan kepada ikon-ikon Daoist dan pahlawan-pahlawan Turki, dan kadang-kadang beliau memanggil Putera Dinasti Tang sebagai "sepupu".

Oleh kerana Li Bai konsisten mempromosi diri-sendiri, dia dapat menarik minat masyarakat awam dengan kisah-kisah yang beliau ceritakan tentang dirinya sendiri dan juga menerusi puisi yang dikarang sendiri oleh beliau.

Dia mendakwa menjadi pemain pedang hebat yang berlatih secara rutin dan menghabiskan masa hidup beliau dengan kehidupan yang romantis dan darah yang direndam dari seorang penyokong kesatria yang membetulkan kesalahan dengan pisau.

Beliau mengembara ke seluruh kawasan empayar dengan mengambil peluang daripada jalan-jalan dan terusan besar yang dibina oleh Dinasti Tang. Beliau melawat tapak-tapak terkenal, mempelajari Daoism, dan berparti dengan orang kaya, berbudaya, berkuasa, dan yang terkenal.

Puisi "Membawa arak" memberi gambaran cita-cita Li Bai tentang masa yang baik dan sikap tidak mengejar harta dan pangkat.

Syurga mencipta saya - kebolehan saya mesti mempunyai tujuan

Saya telah membelanjakan dengan boros seribu keping emas-

Saya akan mendapatkannya kembali

Li Bai secara agresif membuat persembahan dan pertunjukkan untuk mehilangkan kerisauan dan memberi kegembiraan yang kerap untuk penontonnya.

Peluang besar Li Bai datang pada tahun 742. Pengarah perpustakaan kerajaan mengatur penonton dengan Maharaja Xuanzong. Maharaja menyukainya dengan cepat. Li Bai bukan seorang bangsawan dan tidak mempunyai kelulusan akademik tetapi Maharaja Xuanzong menjadikannya pegawai peribadi untuk memikul tugas kementerian pemikir dan budaya yang dikenali sebagai Akademi Hanlin.

Pemerintahan Xuanzong adalah kemuncak kejayaan dan punca tragedi kepada Dinasti Tang. Peraturannya telah bermula dalam suasana yang meruncing. Nenek Xuanzong adalah Maharani Wu, satu-satunya wanita dalam sejarah China yang memerintah dengan nama sendiri.

Dia dengan ganas merampas takhta Dinasti Tang pada 690; pengusirannya pada tahun 705 merupakan tahun perang saudara kerana pesaing dalam keluarga Li cuba menuntut kembali tahta.

Xuanzong menjadi maharaja pada tahun 712 menjanjikan pemulihan dinasti yang lama ditunggu-tunggu. Empat dekad yang pertama dalam pemerintahannya adalah zaman kestabilan, keamanan, dan ekonomi dan budaya berkembang. Xuanzong sendiri adalah seorang pemuzik, artis, dan penyair, serta penaung seni yang murah hati.

Tetapi pada tahun 750-an, Xuanzong mula mengabaikan tugasnya. Dia berada di bawah pengaruh gundiknya yang cantik jelita iaitu Yang Guifei. Beliau terkenal dengan membiarkan saudara Yang Guifei iaitu Yang Guozhong untuk menguruskan kerajaan.

Kembali kepada cerita Li Bai: Dia mendakwa bahawa dia telah membuat musuh di mahkamah, dan musuh-musuh itu keluar untuk memalukannya. Lebih daripada sekali, mereka telah mengundang Li Bai yang sedang mabuk secara tiba-tiba untuk membuat persembahan pada golongan istana.

Walaupun demikian, secara keseluruhannya, dia tetap berjaya mengarang puisi tanpa cacat di tempat itu untuk menghiburkan Maharaja Xuanzong.

Tetapi musuh-musuh Li Bai akhirnya menjadi batu api dengan melagakan Li Bai dan maharaja. Mereka meyakinkan Xuanzong bahawa Li Bai telah membuat penghinaan terhadap Yang Guifei.

Sejarah membuktikan bahawa Li Bai telah dipecat oleh Maharaja Xuanzong yang kemudian menjadikan maharaja berasa teramat menyesal dan memberi harta yang berlimpah kepada Li Baia.

Li Bai menghabiskan masa hampir satu dekad mempelajari ilmu kimia Daoist, mengamalkan penawar tentang keabadian, dan menambah baik kemampuaanya untuk bersyair.

penyair

Du Fu

Sekitar masa yang sama, seorang penyair yang jauh lebih baik dan telah disedari masyarakat telah mula mencipta nama. Itulah Du Fu, yang kira-kira satu dekad lebih muda daripada Li Bai. Keadaan keluarga Du tidak begitu baik tetapi mereka mempunyai reputasi yang berprestij, kerana datuk Du Fu telah menjadi penyair mahkamah pada abad ke-7.

Seorang remaja muda, Du Fu menolak untuk bekerja di pejabat kerajaan berdasarkan hanya status keluarganya. Beliau mahu mendapat jawatan dengan lulus peperiksaan diraja. Tetapi dia tidak mempunyai kenalan atau menguasai penulisan untuk mahkamah yang diperlukan untuk berjaya dalam peperiksaan diraja.

Oleh kerana peluang untuk berkhidmat kepada empayar dengan kapasiti yang bermakna hampir tertutup, Du Fu mengambil masa bertahun-tahun melakukan mengembara, belajar dan menulis puisi. Dia bertemu Li Bai pada 744 dan mengagumi penyair yang lebih hebat. Du Fu menulis beberapa puisi kepada dan tentang Li Bai.

Ketika berusia 30-an, Du Fu telah menjadi seorang penyair hebat. Tetapi kejayaan dalam peperiksaan terus menghalangnya. Dia akhirnya berputus asa dan menerima pelantikan kecil di ibu negara. Dia tidak memperoleh jawatan seperti yang dia mahu tetapi sekurang-kurangnya dia mempunyai peluang untuk berkhidmat kepada maharaja dan rakannya.

Tetapi pergolakan kerajaan telah timbul. Pada tahun 755, salah seorang jeneral Dinasti Tang, An Lushan, bangkit memberontak dan melancarkan serangan terhadap Chang'an. Maharaja Xuanzong melarikan diri dari ibu kota dan terpaksa berpecah.

Pengawal peribadi juga memaksanya untuk melaksanakan hukuman terhadap Yang Guifei. Mereka, seperti orang ramai, menyalahkan Guifei dan abangnya untuk pemberontakan Lushan.

Pada masa itu, Li Bai tinggal di Yangzhou, sebuah pusat komersial di Grand Canal. Dengan ibukota telah berjaya ditawan oleh pemberontak, satu pertempuran meletus diantara penuntut dan pesaing ke atas takhta Dinasti Tang. Li Bai tersilap kerana menyokong putera dinasti Tang yang salah. Dia telah dibuang ke kawasan barat daya China.

Li Bai akhirnya diampunkan. Tetapi dengan keadaan istana dalam kekacauan, dia tidak pernah kembali ke kehidupan istana. Sebaliknya, dia kembali mengembara dan meninggal pada tahun 762.

Berbeza dengan Du Fu, ketika pasukan Lushan mengambil alih Chang'an, penyair itu hampir tidak dapat melarikan diri. Pada tahun 757, dia mendapat ganjaran di istana Tang yang baru dipulihkan. Tetapi Du Fu memburuk-burukkan situasi politik dengan puisinya. Dia mengutuk golongan yang menindas dan membela golongan yang ditindas melalui puisinya.

Sasarannya adalah perdana menteri yang korup iaitu Yang Guozhong yang dipersalahkan berlakunya pemberontakan oleh An Lushan. Du Fu menulis:

Di belakang pintu merah istana, wain dan daging membusuk

Di jalan-jalan liar terdapat mayat orang yang kesejukkan hingga mati

Sehelai rambut membahagikan kekayaan dan kemiskinan

Perbezaan aneh ini menyedarkan saya dengan penderitaan yang tidak dapat diselesaikan

Du Fu sendiri agak bernasib baik. Dia mempunyai kawan-kawan yang berpengaruh dan terkenal, dan itu cukup untuk melihatnya melalui tempat yang kasar. Banyak puisi Du Fu terdapat dalam surat-menyurat dengan rakan-rakannya yang kaya ini.

Dia menghabiskan masa baki tahunnya dengan bersara. Dia meninggal pada tahun 770 pada usia 58 tahun.

Bayangan

Li Bai dan Du Fu menjadi bayangang dalam tempoh yang panjang. Pada akhir zaman Dinasti Tang, mereka telah menjadi pasangan dialektik: Du Fu yang serius dan memiliki kesedara sosial mengimbangi Li Bai yang berseronok, menjadi ikon, dan terkenal.

Mereka menduduki puncak kesusasteraan China. Tetapi kehidupan mereka juga ditandai dengan trauma, tragedi, dan kehilangan.

Pemberontakan Lushan juga membayangi China dalam tempoh yang panjang. Pemberontakan ini mempercepatkan kecenderungan yang mengubah China secara sosial, ekonomi, dan politik pada 500 tahun akan datang. Tetapi sepanjang abad-abad perubahan itu, puisi Li Bai dan Du Fu terus dibaca untuk generasi elit baru.

Golongan elit baru mempunyai tahap pendidikkan yang baik; mereka muncul dalam peralihan dari kebangsawanan era Dinasti Tang kepada dinasti Song secara meritokrasi dan Confusian pada abad ke-10 hingga ke-13. Bagi golongan cendekiawan, Du Fu adalah model kesopanan dan hati nurani sosial, sementara Li Bai tetap bersalah.


Comments