Bandar Kosmopolitan China Dinasti Tang: Chang'an

pemerintahan-dinasti-tang-china

Ibukota Dinasti Tang: Chang'an

Dinasti Tang (dari tahun 618 hingga 907 SM) dianggap sebagai puncak tamadun China. Ibukota iaitu Chang'an bermaksud "keamanan abadi" menunjukkan kehebatan tentang kegemilangan Dinasti Tang.

Chang'an mula berkembang di bahagian timur Jalan Sutera, di wilayah Shaanxi moden, perancangan dan seni bina yang elegan telah menjadi ilham bandar-bandar diraja di seluruh Asia termasuk Seoul, Kyoto, Nara, dan Hue. Ia adalah bandar terbesar di dunia.

Perkembangan Chang'an

Sebelum Chang'an mencapai zaman kegemilangan, Dinasti Sue yang singkat di antara tahun 589-617 SM, seorang jeneral iaitu Li Yuan telah memberontak. Seterusnya beliau mengisytiharkan dinasti baru yang dikenali dengan nama Tang yang berkekalan sehingga 300 tahun.

Di bawah pemerintahan Jeneral Li Yuan dan anaknya yang tegas, Li Shimin - Dinasti Tang dengan cepat membentuk sebuah empayar yang membentang dari oasis Asia Tengah ke Laut China Timur dan dari padang rumput Mongolia ke sempadan Vietnam saat ini.

Kerja-kerja untuk membina ibukota empayar baru sebenarnya telah bermula semasa pemerintahan Dinasti Sui. Tetapi Chang'an benar-benar mencapai kegemilangan semasa era Dinasti Tang. Ia menjadi lebih gemilang berbanding bandar-bandar diraja yang telah dibina sebelum ini.

Ia berukuran 6 batu x 5 batu dan menempatkan penduduk lebih dari satu juta orang dan mempunyai tembok setinggi 18 kaki.

Seorang pegawai mengetuai setiap bahagian bandar raya yang dibahagikan sebayak 110 bahagian.

Ketua pegawai diraja dikenali sebagai Pengawal Burung Emas menguatkuasakan perintah berkurung, memantau lalu lintas bandar, dan menghapuskan pemberontak.

Di dalam bandar kosmopolitan ini, terdapat lebih dari sedozen pintu kayu besar dibuka ke jalan-jalan yang menuju ke pinggiran bandar, dan ke daerah pertanian di luar.

Pintu-pintu ini mengawal kemasukan dan keluar penduduk, dibuka pada waktu subuh dan ditutup pada waktu senja.

Changan tower Xian China

Zaman Keemasan Chang'an

Maharaja Xuanzong memerintah dari 712 hingga 756 SM dianggap zaman kegemilangan Tang - dan zaman keemasan Chang'an. Chang'an adalah, pertama dan terpenting, teraju pemerintahan.

Ia didominasi oleh istana maharaja dan enam pejabat kementerian: Kementerian Kakitangan, Kementerian Agama, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Hasil, Kementerian Hukuman, dan Kementerian Angkatan Tentera.

Beberapa bangunan rasmi benar-benar sangat besar. Terdapat juga perumahan untuk melawat pegawai-pegawai daerah, lapang sasar untuk latihan ketenteraan, akademi maharaja, dan perpustakaan.

Bangunan rasmi Chang'an dipengaruhi oleh seni bina agama. Bandar ini adalah penanung kepada ratusan kuil Buddha dan Daoi serta kuil-kuil Zoroastrian dan gereja Nestorian. Sebuah biara Dao mempunyai perpustakaan yang mengandungi lebih daripada 50,000 skrol.

Masyarakat

Masyarakat Tang disusun secara hierarki dengan undang-undang yang menentukan pakaian, perumahan, dan pengangkutan yang boleh digunakan oleh setiap lapisan.

Di puncak piramid sosial adalah keluarga diraja, diikuti oleh garis keturunan bangsawan yang mendominasi tangga teratas birokrasi dan tentera.

Pelaksana dan penulis bertauliah mengendalikan operasi harian kerajaan.

Penganut Buddha dan Dao mengikut kelas sosial mereka sendiri, kebanyakan mereka miskin tetapi ada yang kaya dan berkuasa.

Di bawah mereka adalah orang awam, petani, dan buruh seterusnya dikuti golongan ahli seni, pedagang dan hamba.

Dinasti Tang juga menjadikan China sebagai rumah kepada puluhan ribu - jika bukan beratus-ratus ribu orang asing. Mereka cenderung dipisahkan dan disusun diketuai oleh ketua kumpulan yang membentuk sistem mereka sendiri.

Kegemilangan dan pengiktirafan dinasti juga dapat diukur dengan dalam skop yang lebih luas.

Kebanyakan karya seni hebat pada zaman itu menggambarkan maharaja menerima hadiah dari utusan asing yang datang dari pelbagai negara luar yang menandakan maharaja seorang yang sangat terkenal di seluruh dunia.

Perancangan Bandar

Di Chang'an, istana kerajaan berada di utara, di dalam tembok kota. Di belakang pula terdapat taman-taman yang hebat, di mana golongan istana akan menghabiskan waktu luang mereka.

Di sebelah timur kediaman maharaja adalah rumah besar orang kedua yang paling penting selepas maharaja iaitu pewaris takhta.

Manakala di arah selatan istana utama ialah bandar pentadbiran, rumah untuk pegawai kerajaan, kuil nenek moyang maharaja, dan paling penting, altar tanah dan bijirin yang merupakan tempat maharaja berhubung dengan Dewa dan melakukan acara korban kepada syurga bagi orang yang dipilihnya.

Di hadapan daerah rasmi Chang'an adalah jalan Chang'an yang paling indah, Hengjie, yang hampir 700 kaki lebar dan memiliki jarak dari barat ke timur sejauh enam batu. Ia juga memisahkan antara dua bandar.

Kebanyakan golongan elit Chang'an termasuk kerabat istana dan pegawai kerajaan lebih suka menempatkan rumah besar mereka di bahagian-bahagian bandar yang lebih bergaya, di sebelah timur dan timur laut bandar.

Bahagian barat bandar itu memiliki penduduk yang lebih ramai dan bising.

Antara rumah bangsawan dengan pejabat birokrasi dan tentera adalah kawasan yang dikenali sebagai Hamlet Utara. Ini adalah daerah hiburan yang mempunyai kadar sewa yang tinggi di Chang'an di mana penghibur untuk wanita dan lelaki boleh didapati dengan harga yang betul.

Patung-pegawai-china

Pasar

Di bahagian timur bandaraya ini adalah Pasar Timur. Ia meliputi kira-kira 466 ekar, dibahagikan kepada sembilan sektor dengan empat saluran.

Semua sektor mengandungi kira-kira 220 lorong dan setiap lorong khusus untuk kategori barangan. Contohnya termasuk lorong barang kulit, lorong emas dan perak, dan lorong ubat-ubatan.

Memandangkan tempatnya dekat dengan kawasan penduduk di Chang'an, barangan di Pasaran Timur pada umumnya lebih baik dan lebih mahal daripada di Pasar Barat.

Sutera mewah, wain yang berkuali, alat muzik yang indah - yang dibuat dari padang, sungai, dan hutan.

Pasar Timur juga strategik untuk penjualan barangan mewah yang diimport dari jalan laut dan diangkut melalui Grand Canal ke bahagian Chang'an.

Ini termasuklah ikan segar dan mutiara dari pantai serta perabot dan cermin gangsa dari Yangzhou.

Sutera adalah komoditi pilihan untuk dibeli di Tang; ia berharga, tahan lama, dan lebih ringan daripada perak atau emas.

Jika anda terpaksa memindahkan banyak wang, anda boleh pergi ke lorong emas dan perak, deposit emas atau perak anda, dan kemudian mendapatkan nota janji berkaitan deposit tersebut.

Instrumen kredit swasta dan rasmi boleh ditebus walaupun di luar ibu kota di bandar-bandar besar empayar.

Anda mungkin memerlukan salah satu nota untuk membeli sesuatu yang benar-benar menarik, seperti buah peach emas dari oasis Samarkand (Uzbekistan).

Penguasa Samarkand, pernah memberi hadiah kepada Maharaja Tang hadiah buah peach kuning yang digambarkan seperti telur angsa dan mempunyai warna seperti emas.

Kisah buah peach ini menjadikan ibukota seperti dilanda ribut. Jadi, sekiranya beberapa buah peach ini dibeli di Pasar Timur, anda perlu menimbang risiko membelinya.

Dinasti Tang mempunyai undang-undang penggunaan yang ketat, mentadbir apa yang dibenarkan oleh pelbagai kelas untuk dipakai dan dimakan.

Walaupun anda mampu membeli buah peach emas dari Samarkand, anda mungkin akan menjalani hukuman mati.

Perlaksanaan hukuman dilakukan di kawasan awam di Pasar Barat. Pasar Barat mempunyai susun atur yang sama seperti Pasaran Timur. Ia menerima barangan melalui terusan yang mengimport komoditi pukal seperti kayu, garam, dan arang.

Selain barang-barang pukal, Pasar Barat dikategorikan menjual barangan dengan harga dan kualiti yang lebih rendah secara umumnya.

Manakala Pasar Timur mempunyai sutera pelbagai warna yang dipakai oleh orang kaya, tekstil di Pasaran Barat adalah selimut, baju putih dan seluar putih yang dipakai oleh rakyat biasa.

Pemberi pinjaman wangnya lebih mirip dengan ceti daripada pedagang emas di Pasar Timur, dengan instrumen kredit yang kompleks.

Terdapat banyak pengemis dan penumpang yang sering dihidangkan sup dan rumah-rumah miskin yang ditaja oleh kuil Buddha.

Badan kebajikan Buddha mempunyai skim pengumpulan dana yang sangat bijak. Hanya dengan beberapa keping tembaga, anda boleh membeli ikan hidup dan melepaskannya ke dalam kolam untuk mendapat karma yang baik.

Kemudian, selepas pasar ditutup, para sami akan mengumpul semua ikan dan menjualnya lagi keesokan harinya.

Pedagang asing dari Persia dan "Sogdian" juga turut berdagang di Pasar Barat.

"Sogdian" adalah pedagang dari Asia Tengah. Karavan-karavan ini bergantung pada jumlah unta yang tidak teratur.

Pedagang belayar ke barat daya dari China pada musim monsun dan ke timur laut pada musim sejuk dari Lautan Hindi pada musim bunga.

Pasar Barat mengandungi banyak penghibur: penyanyi, badut, pertunjukkan pedang, dan pencerita. Bentuk penceritaan yang sangat popular adalah kisah penyelamatan manusia oleh Buddha.

Kisah Mulian menyelamatkan ibunya dari neraka

Ini sering dianggap sebagai drama tetapi mereka juga datang dalam bentuk yang lebih mudah alih iaitu skrol gambar.

Satu kisah berkaitan adalah kisah Mulian menyelamatkan ibunya dari neraka. Di satu pihak adalah cerita bertulis.

Di satu pihak lagi memiliki unsur grafik: lukisan perjalanan Mulian melalui pelbagai neraka Buddha yang dipenuhi dengan syaitan dan pendosa yang menderita.

Seperti yang dikatakan pencerita di Pasar Barat itu, dia membuka skrol yang mendedahkan lebih banyak usaha Mulian.

Ini kisah moral tentang anak lelaki menyelamatkan ibunya yang kurang sempurna dengan penuh terperinci.

Pelbagai kisah diceritakan kepada masyarakat awam yang dilakukan di bawah pokok secara bersendirian. Cerita yang luar biasa akan dapat menarik lebih ramai orang.

Ada yang membacanya. Terdapat juga cerita hukuman mati menjadi peluang bagi rakyat biasa untuk melihat golongan bangsawan yang ditempat rendah kerana salah guna kuasa dan rasuah.

patung di makam perkuburan china

Kedua-dua bentuk utama hukuman mati adalah penderaan dan hukuman penggal kepala. Penderaan menyebabkan kematian lebih perlahan dan lebih menyakitkan tetapi dilihat sebagai hukuman mati yang rendah kerana tubuh masih sepurna.

Hukuman penggal kepala dikhaskan untuk jenayah yang paling kejam. Mayat dan kepala dipisahkan sebagai amaran untuk orang lain.

Di Pasar Barat, sistem perundangan Dinasti Tang dipamerkan. Namun, Pasar Barat juga tempat berlakunya kegiatan haram dan perlanggaran undang-undang dari golongan muda yang terbiar dan tidak menghormati peraturan.

Pasar Barat turut menarik golongan penyair yang menyedari ketidakadilan dalam sistem perundangan Dinasti Tang yang seterusnya menyebabkan keruntuhan Dinasti Tang.

Malah lebih terkenal adalah pembunuh-pembunuh Pasar Barat adalah tukang daging. Orang-orang ini adalah tukang daging pada waktu siang yang menyoroti membunuh orang lelaki dikalangan mereka.

Kenapa tukang daging tertarik dengan profesion ini?

Kemudahan menggunakan pisau adalah satu faktor, dan orang-orang Cina di zaman dinasti ini menyukai daging golongan mereka dan seterusnya mereka meremehkan orang-orang yang melakukan pembunuhan.

Dari perspektif agama Buddha, karma tukang daging hampir tidak dapat ditebus; mereka tidak akan kehilangan apa-apa.

Selepas membunuh begitu banyak haiwan, membunuh beberapa orang tidak akan mengubah nasib anda, jadi alasan menerima karma adalah munasabah.

Sebilangan pengasas Tang mahu Chang'an menjadi model pemerintahan dan kekuasaan empayar, pasarnya sendiri yang menjadi punca keruntuhan empayar.

Comments