Beli Perabot Dari China Online [Update 13 April 2019]

BENARKAH BERBALOI MEMBELI PERABOT SECARA TERUS DARI CHINA?

Ya, sangat-sangat berbaloi walaupun setelah anda ambil kira kos penerbangan + penginapan + pengangkutan + pemeriksaan barang + penghantaran!

Kebanyakan barang di sana berharga 2 – 3 kali ganda lebih murah. Ini 3 contoh barang yang kami beli di sana.

Daripada 3 barang ini sahaja, kami dah pun jimat RM44,759!!

Kos penerbangan + penginapan + pengangkutan + pemeriksaan barang + penghantaran tu tak lah besar mana pun. ☺

Jualan Buku Panduan Perabot Dari China sudah ditutup. Anda kini dapat membeli barang terus dari China secara online (sudah pasti murah).

Namun begitu, awas!

Bukan semua barang berbaloi untuk dibeli di sana. Kami akan ceritakan lebih lanjut di muka surat 57 – 68.

Barang-barang lain yang kami beli beserta kad bisnes & bukti resit mereka ada di Appendix V muka surat 129 – 150.:

Chandelier: RM3,999 (normal price RM4,599) vs 2,000 Yuan (RM1,200).

Kami hanya membelanjakan kira-kira RM6,000+ sahaja untuk membeli 9 biji chandelier + 4 lampu kecil di China.

Kalau di Malaysia, jika sebiji RM2,000 pun, 9 biji kan dah RM18,000!

chandelier-perabot-murah-china

Bedroom Set: RM39,740 vs 4,800 Yuan (RM2,880). Lihat perbezaan meja sisi dan meja solek di atas dengan gambar sebelum ini. Ia lebih kurang sama sahaja, tetapi harganya bagai langit dengan bumi.

Bedroom-Set-Perabot-Murah-China

Marble Dining Table 2.0 meter beserta 8 kerusi diamond eksklusif: RM7,500 vs 4,000 Yuan (RM2,400)

Marble-Dining-Table

ADA ORANG KATA KUALITI PERABOT CHINA NI TERUK! BETUL KE?

Jangan dengar cakap orang kualiti perabot China ni tak bagus. Itu semua persepsi sahaja.

Kami dah beli kami tahu lah. Cantik dan teguh kualitinya. Dah lah murah pula tu!

Tak percaya? Lihatlah gambar-gambar perabot yang kami beli ni:

Sofa fabrik eksklusif ini sangat lembut dan diamond nya tidak mudah tanggal.

Sofa-fabrik-eksklusif

Perabot dan hiasan mereka mempunyai design yang terkini.

Perabot-dan-hiasan

Ukiran mereka juga dibuat dengan teliti.

BAGAIMANA JIKA PERABOT YANG DITERIMA BERLAINAN DARIPADA APA YANG DIBELI?

Anda takut “di sana cantik dan berkualiti tapi bila sampai dapat barang lain”? Nah, lihat gambar perbandingan barang yang ditempah VS barang yang tiba.

barang-yang-ditempah-VS-barang-yang-tiba

Sofa-Perabot-Murah-China

Sofa ni memang kami pilih warna silver tau, bukan mereka salah hantar ya. OK, cukuplah 3 tu.

Tak ada beza kan? Jangan risau. Apa yang anda lihat di sana, itulah yang anda akan dapat.

Lagipun, servis pemeriksaan barang kan ada. Anda akan ditunjukkan gambar terlebih dahulu sebelum mereka menghantar perabot-perabot anda.

Jadi, tak perlulah risau sangat mengenai kualiti barang yang anda akan terima ya.

pakej-perabot-murah-china

5 Sebab Buku PERABOT MURAH CHINA diterbitkan

  • Supaya lebih ramai orang dapat menjimatkan puluhan ribu ringgit dengan membeli perabot secara terus dari China.
  • Mengelakkan anda daripada membazir masa, tenaga dan wang ringgit jika anda pergi ke sana tanpa pengetahuan secukupnya.
  • Memberikan anda maklumat yang tepat dan padat kerana maklumat berkenaan pembelian perabot dari China memang tiada dalam Google.
  • Menerangkan proses pembelian perabot dari A-Z terutamanya berkaitan dengan penghantaran perabot anda daripada China ke Malaysia. Persediaan sebelum pergi ke sana, semasa berada di sana, selepas anda kembali ke Malaysia, tips jimat masa, tenaga, dan wang serta banyak lagi semuanya ada diterangkan di dalam buku ini.
  • Menyampaikan maklumat penting untuk umat Islam berkaitan lokasi restoran halal, cara menentukan arah kiblat, dan cara untuk mengetahui waktu solat di sana.

Isi kandungan Buku Perabot Murah China


TAJUK Mukasurat
MUKADIMAH i – iv
BAB 1 PENGENALAN 1 – 14
BAB 2 PERSEDIAAN YANG PERLU DIBUAT SEBELUM KE LECONG 15 – 47
BAB 3 PERSEDIAAN, PERANCANGAN & TIPS SEMASA DI LECONG 47 – 78
BAB 4 PERSIAPAN, AKTIVITI & TIPS SETELAH KEMBALI KE MALAYSIA 79 – 84
BAB 5 KETIBAAN PERABOT-PERABOT ANDA 85 – 100
APPENDIX I – HOTEL 101 – 108
>APPENDIX II – RESTORAN HALAL 109 – 116
APPENDIX III – KEDAI-KEDAI DI LECONG 117 – 124
APPENDIX IV – SUASANA DI LECONG 125 – 128
APPENDIX V – PERABOT YANG KAMI BELI 129 – 150
PENUTUP 151
RUANGAN CATATAN 152 – 158
VIDEO EKSKLUSIF PERABOT MURAH CHINA 159
Baiyun-International-Airport-Guangzhou

LUBUK PERABOT DI CHINA

Lubuk perabot di China terletak di Lecong Furniture City, Foshan.

Lecong merupakan pusat borong dan pengedar perabot yang terbesar di dunia! Ia terletak kira-kira 65 kilometer daripada Baiyun International Airport, Guangzhou.

Di sinilah kapal terbang anda akan mendarat setelah 4 jam berlepas dari Kuala Lumpur. Untuk ke Lecong, anda perlu menaiki teksi selama 1 – 1½ jam pada tambang sekitar 250 – 300 Yuan.

Lecong Furniture City adalah kawasan kedai seluas 10 kilometer persegi yang kesemuanya menjual perabot dan perhiasan rumah!

Sebutlah apa sahaja: Sofa, katil, tilam, meja makan, chandelier, rak kasut, almari baju, kabinet TV, set bilik tidur, meja kopi, kabinet dapur, karpet, rumput tiruan, langsir, buaian, cermin, lukisan dinding, meja pejabat, kerusi pejabat dan macam-macam lagi semuanya ada di sini pada harga yang sangat murah!

Kedai-kedai di sini dibuka seawal jam 9.00 pagi dan ditutup pada jam 6.30 petang.

PERSEDIAAN YANG PERLU DIBUAT SEBELUM KE LECONG

TIKET PENERBANGAN

Lagi awal anda tempah, lagi murah kos nya. Tiket dari KLIA2 (KUL) ke Guangzhou Baiyun International Airport (CAN) paling murah adalah melalui Air Asia.

Tiket sehala bermula dari serendah RM2xx sehingga RM7xx. Elakkan pergi semasa musim cuti sekolah / perayaan dan tempah tiket seawal mungkin untuk mendapatkan harga tambang terendah.

Waktu penerbangan terbaik ialah pada awal pagi sekitar pukul 4 – 6 pagi (waktu Malaysia). Penerbangan KUL – CAN akan mengambil masa 4 jam.

Jadi, sebaik sahaja anda sampai ke hotel dalam pukul 11 – 12 tengahari, (termasuk 1 – 1 ½ jam perjalanan menaiki teksi) anda boleh terus check-in dan memulakan “furniture hunting” anda.

Kami syorkan anda ambil sekali “travel insurance” supaya anda mendapat bantuan dan pampasan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini seperti penerbangan ditangguhkan, bagasi / pasport hilang, berlaku kemalangan, kecederaan atau kematian, dan lain-lain.

Seeloknya, anda tempah siap-siap makanan dalam flight. Menu kegemaran kami ialah Pak Nasser Nasi Lemak.

Ini penting supaya anda tak perlu cari sarapan apabila tiba di airport. Di situ pun bukan ada makanan halal.

Jadi, anda breakfast je dalam flight, kemudian untuk lunch nanti boleh cari restoran halal di Lecong.

Namun begitu, percayalah cakap kami, anda akan rindu makanan Malaysia ketika berada di sana nanti.

TEMPAT PENGINAPAN (CHINA HOTEL)

Tidak seperti lokasi-lokasi lain di dunia, hanya hotel-hotel mahal sahaja yang boleh anda tempah secara online di sini (melalui trivago, agoda dan sebagainya).

Namun begitu, kami tidak galakkan anda tempah hotel-hotel ini kerana jaraknya yang jauh daripada Lecong Furniture City iaitu kira-kira 20 kilometer.

Teksi mengambil masa lebih kurang 25 minit pada kadar tambang 50 yuan+ sehala. Pergi balik dah 100 yuan (RM60+).

Perjalanan pergi balik hampir 1 jam. Kalau 4 hari dah 400 yuan+. Buang duit dan masa je kan?

Kami pernah menginap di Marco Polo Hotel (5-Star) di bandar Foshan. Hotelnya memang cantik dan selesa, tetapi setiap kali nak ke Lecong kami perlu menaiki teksi. Itu pun masalah besar juga. Waktu pergi bolehlah suruh hotel tolong panggilkan, tapi waktu nak balik tu kena tahan teksi tepi jalan. Teksi dah lah tak banyak. Selalunya 15 – 30 minit juga kena tunggu. Apps Grab atau Uber jangan mimpi lah nak guna kat sini yer.

Ini gambar-gambar hotel tersebut. Cantik kan? ☺ Kadarnya sekitar RM350 satu malam. Untuk 5-star hotel di tengah-tengah bandar, harga tersebut dikira murah.

Marco-Polo-Hotel

Marco-Polo-Hotel Katil

Marco-Polo-Hotel-(5-Star)-almari

Marco-Polo-Hotel-(5-Star)-bilik-air

Marco-Polo-Hotel-(5-Star)-pemandangan-foshan

China Hotel di Lecong

Kami cadangkan lebih baik anda menginap di Lecong sahaja. Ada 3 hotel yang kami syorkan.

Ianya terletak betul-betul di Lecong Furniture City. Anda hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk ke sana!

Namun begitu, hotel-hotel ini tidak boleh ditempah secara online dan anda perlu menempah hotel ini dengan cara yang berbeza.

Anda tak perlukan bilik yang terlalu selesa pun, sebab kebanyakan masanya anda akan berada di luar mencari perabot. Hotel tu untuk tempat tidur dan tukar baju sahaja tau.

Suka kami ingatkan di sini bahawa Lecong tidak ada tempat menarik pun untuk dilawati. Teksi pun susah nak dapat.

Kalau anda pergi juga, anda mungkin akan tersesat. Jadi, lebih baik anda fokus untuk membeli perabot sahaja dan terus pulang ke tanah air sebaik sahaja selesai.

Kadar harga 1 malam di sini ialah sekitar 150 – 200 yuan (RM90 – 120) sahaja. Murah kan? Biliknya pun selesa dan lengkap. Cuba tengok gambar-gambar KY* Hotel ni:

China-hotel-lecong-lobi

China-hotel-lecong-switch

China-hotel-lecong-gambar-hotel

china hotel money changer

AKTIFKAN INTERNATIONAL ROAMING

Dengan menggunakan roaming, anda masih boleh menggunakan telefon mudah alih anda seperti biasa di China.

Kadar roaming data (internet) untuk Celcom Postpaid ialah RM38 sehari (unlimited data).

Anda sangat memerlukan internet di sana untuk mencari maklumat, translate English ke Mandarin untuk berkomunikasi, dan menghubungi orang tersayang.

Jadi, jangan lupa untuk aktifkan roaming sebelum anda ke sana.

Caj SMS dan panggilan akan dikira secara berasingan, tetapi ada internet pun cukup dah sebab sekarang kan kita boleh guna Whatsapp / Telegram / WeChat untuk berhubung.

Jika anda pengguna Celcom, pengaktifan roaming boleh dilakukan dengan menghubungi +6019 601 1111 atau pergi terus ke cawangan Celcom yang berdekatan. Untuk telco lain, sila hubungi telco anda untuk maklumat lanjut.Setelah anda memasuki negara China dan roaming telah diaktifkan, anda akan menerima SMS seperti ini. Anda boleh pilih Unicom atau China Mobile melalui smartphone anda:

china-international-roaming-celcom

Selain roaming, untuk mendapatkan talian internet anda juga boleh sewa pocket Wi-Fi yang boleh disewa di airport.

Namun begitu, anda akan tertakluk kepada sekatan negara mereka seperti tidak boleh melayari laman web Google, Facebook, Instagram dan Youtube.

RESTORAN HALAL DI LECONG, CHINA

Terdapat 3 restoran halal berhampiran hotel yang kami syorkan, iaitu Q, M dan S.

Kami syorkan anda makan nasi goreng daging atau nasi goreng udang sahaja, sebab itu sahaja menu yang sesuai dengan tekak rakyat Malaysia. Kami akan tunjukkan gambar-gambar Q sahaja di dalam review ini. Untuk Restoran M dan S, sila dapatkan info lanjut di Appendix II muka surat 109 – 116.

Restoran-halal-lecong-china

restoran-halal-lecong-dalam

Perkara lain yang terdapat dalam Pakej Perabot Murah China

Kos yang perlu dikira

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, bukan semua barang di sana adalah murah. Selain harga barang, terdapat 4 kos lain yang perlu anda ambil kira.

15 Barangan yang Berbaloi Untuk dibeli

  • Chandelier (paling murah di Lighting City sahaja. Ia terletak di sebelah kiri jalan besar, kira-kira 3 kilometer dari kawasan utama Lecong)
  • Lampu-Chandelier-Perabot-Murah-China

  • Sofa-sofa mewah (seperti chesterfield kulit set 1 + 2 + 3 seater)
  • sofa mewah chesterfield kulit china

  • Sofa fabrik premium
  • Sofa fabrik premium

  • …serta 12 lagi barangan lain

Tips Untuk “Best Value For Money”

Kebanyakan barang yang dijual di sana adalah HARGA BORONG, tetapi janganlah sampai tak minta diskaun pula.

ALWAYS ASK FOR A DISCOUNT!!

Jangan lupa, persaingan di antara penjual di situ adalah tinggi. Beribu-ribu kedai ada di sana (sebab tu mereka extra friendly).

Jadi kalau anda pandai negotiate, anda boleh dapat harga yang lebih menarik.

Kalau anda BELI BANYAK BARANG DARIPADA SATU PENJUAL adalah lebih baik.

Ia akan memudahkan proses pembayaran dan penghantaran perabot anda ke Guangzhou. Lagipun, lebih banyak anda beli, lebih banyaklah juga diskaun mereka akan bagi kan?

Tahukah anda bahawa untuk setiap penjual mereka akan caj sehingga 500 Yuan untuk caj penghantaran ke pelabuhan di Guangzhou?

Dulu kami tak tahu, jadi kami bayar.

Sebenarnya, ada cara yang boleh anda guna untuk jimat caj tersebut iaitu… (TIPS INI HANYA DIDEDAHKAN DALAM BUKU)

Tips Mencari Perabot

Kami syorkan anda survey dahulu kesemua kedai yang anda larat selama X dari pagi – petang.

Anda boleh mula membeli dan membayar deposit pada Y.

Jangan lupa buat catatan nota tentang Z. Kedai di sana di buka pukul 9 pagi – 6.30 petang.

Adalah amat penting untuk anda rancang aktiviti anda kerana kawasan tersebut terlalu luas.

Anda tak akan dapat menghabiskannya dalam masa 1 hari. 10 kilometer per segi keluasannya tu!

DI MANA PALING MURAH? Mulakan dari… (dapatkan buku PERABOT MURAH CHINA kalau nak tahu).

5 Tempat anda tidak perlu buang masa untuk window shopping

6 sebab utama kenapa tempat-tempat ini tidak digalakkan:

  • Kawasan-kawasan ini agak sunyi, jadi ia mungkin tidak selamat
  • Tidak banyak pilihan dan design mereka kurang menarik
  • Harganya jauh lebih mahal disebabkan mereka tidak ramai pelanggan
  • Ianya terletak jauh daripada kedai-kedai lain, dan anda akan membuang banyak masa dan tenaga untuk turun naik tangga atau lif
  • Lebih kepada perabot untuk industri (contohnya perabot untuk hotel, pejabat dan kedai makan), jadi MOQ-nya adalah lebih tinggi
  • Pekerja mereka tidak begitu mesra pelanggan

Tips Membayar Deposit Serendah Mungkin

Bagaimana dengan hanya membawa RM x,xxx (x,xxx Yuan) kami boleh membeli sebegitu banyak perabot?

Jawapannya ialah kerana kami meletakkan deposit yang rendah. Kami hanya membayar kurang dari 10% untuk deposit.

Bagaimanakah kami melakukannya?

Senang sahaja. Gunakan skrip-skrip yang terdapat dalam buku Perabot Murah China.

Persiapan, Aktiviti & Tips Setelah Kembali Ke Malaysia

  • Pembayaran Baki Invois & Caj Pemeriksaan

  • Setelah anda membayar deposit untuk perabot anda, sentiasa pastikan penjual tersebut menuliskan dengan jelas berapa deposit yang telah dibayar, caj-caj lain (jika ada) dan baki invois yang perlu dijelaskan kelak.

    Jangan sesekali hanya berjanji secara lisan (verbal agreement)!

  • Servis Pemeriksaan Barang

  • Barang yang dihantar ke Malaysia akan mengambil masa sekitar 3 - 4 minggu untuk tiba (tertakluk kepada pelepasan pihak Kastam Diraja Malaysia).

    Ia akan dihantar menggunakan lori terus di hadapan pintu rumah anda (untuk rumah jenis flat / pangsapuri / kondominium, penghantaran adalah sehingga tingkat bawah sahaja ya. Harap maklum).

    Pastikan anda ambil SERVIS PEMERIKSAAN BARANG dari mana-mana shipping agent. Ini kerana anda tak mampu berbuat apa-apa setelah barang anda diterima.

  • Pembayaran Caj Pembungkusan & Penghantaran

  • Untuk caj pembungkusan dan penghantaran, ia hanya perlu dibayar setelah kesemua barang anda bersedia untuk berlepas dari pelabuhan Guangzhou.

    Kalau barang anda beli tu kecil, anda boleh terus bawa menaiki flight (hand carry or luggage). Itu lebih senang.

    Bagitahu penjual agar tidak buat pembungkusan terlebih dahulu kerana… (bersambung di dalam buku)

Perkara Yang Perlu di Lakukan Apabila Barang Sudah Tiba di Malaysia

  • Persiapan Menyambut Ketibaan Barangan Anda

  • Akhirnya hari yang ditunggu tiba jua iaitu ketibaan perabot-perabot kesayangan yang dinanti. Mesti anda berdebar-debar memikirkan nasib barang-barang anda kan? Adakah mereka semua berada dalam keadaan baik dan selamat? Itulah yang kami rasa dulu.

    Apabila barang anda dah nak sampai, shipping agent akan maklumkan kepada anda yang barang anda telah tiba di Port Klang (atau mana-mana pelabuhan berhampiran anda). Setelah beberapa hari, barangan anda akan melalui pemeriksaan Kastam dan akhirnya akan sampai kepada syarikat logistik. Mereka akan menghubungi anda untuk arrange penghantaran, dan apa yang perlu anda sediakan (contoh: pengangkat barang).

    Masa barang kami sampai dahulu, kami terima panggilan daripada penghantar, dia minta kami sediakan forklift!! Are you serious? Ingat senang ke nak sewa forklift? Nak on-the-spot pula tu! Nak tahu kenapa mereka suruh sediakan forklift? Sebab…(bersambung dalam buku)

    Penat tu sekejap je. Lepas dah turun barang dan pasang semua perabot tu, anda tentu berpuas hati dengan penjimatan yang anda dapat. Kami mula-mula barang sampai pun sengsara juga. Sakit seluruh badan tau angkat barang berat-berat tu, siap ada yang tercedera lagi! Tapi, bila semua barang dah dipasang, wow... cantiknya! Apa yang penting, kami dah jimat banyak dan design perabot kami juga lain dari yang lain.

  • Barang Sampai Rosak Atau Salah, Apa Nak Buat?

  • Hanya didedahkan dalam buku.

  • Perbelanjaan-Perbelanjaan Lain

  • Jangan lupa sediakan juga bajet untuk upah tukang pasang perabot / chandelier. Kalau nak pasang sendiri kena beli dululah pemutar skru, tukul, playar dan lain-lain.

    Jika anda nak upah “handyman”, kadarnya ialah kira-kira RM50 – 70 sehari. Upah pasang chandelier lebih tinggi iaitu RM80 – 100 bagi setiap unit (yang minta sampai RM400 seunit pun ada! Ia bergantung kepada saiz chandelier tersebut). Jika anda beli chandelier di Malaysia pun, caj pemasangan akan tetap dikira secara berasingan.

    Tentang arahan pemasangan pula, sila ambil maklum bahawa TIADA ARAHAN PEMASANGAN DISEDIAKAN!!

    Penjual hanya menyediakan kertas panduan dalam bahasa Cina macam dalam gambar dibawah. Itu pun untuk lampu chandelier sahaja, kalau untuk perabot lain, cara pemasangan tidak disediakan.

    panduan-pasang-perabot-china
  • Cara Untuk Repeat Order Tanpa Perlu Ke Lecong Semula

  • Hanya didedahkan dalam buku.
SOALAN YANG SERING DITANYA (FAQ)

ADAKAH PANDUAN INI LENGKAP MENERANGKAN SEGALANYA? 

Ya, panduan Perabot Murah China (PMC) ini sangat lengkap! Anda tidak perlu memiliki panduan lain selepas ini kerana kami telah dedahkan segalanya di dalam buku dan DVD ini. Ia juga sesuai untuk mereka yang tidak pernah pergi ke luar negara.

PANDUAN NI DALAM BENTUK FIZIKAL ATAU DIGITAL?

Panduan ini adalah dalam bentuk buku dan DVD yang akan dihantar ke alamat yang anda berikan dalam borang tempahan. Panduan ini hanya dipasarkan secara online sahaja di website kami, dan tidak terdapat di mana-mana kedai buku.

ADAKAH PANDUAN INI UNTUK RAKYAT MALAYSIA SAHAJA?

Tidak, panduan ini sesuai untuk semua negara. Anda hanya perlu tahu syarikat mana yang boleh bertindak sebagai shipping agent di negara anda. Itu sahaja.

BILAKAH TEMPAHAN PANDUAN SAYA AKAN DITERIMA?

Anda akan menerima Tracking Number dalam masa 7 hari, dan tempahan anda dijangka akan tiba dalam tempoh 1 minggu (dalam Malaysia) atau 2 minggu (luar negara) daripada hari penerimaan Tracking Number tersebut.

APAKAH KAEDAH PEMBAYARAN YANG DITERIMA UNTUK MENEMPAH PANDUAN INI?

Kami menerima pembayaran secara online, cash deposit machine, ATM transfer (semua bank) dan Paypal. Butiran pembayaran ada di dalam borang tempahan.

ADAKAH PMC MENJUAL PERABOT ATAU MEMBUAT TRIP BORONG PERABOT KE CHINA?

Tidak, kami hanya menyediakan panduan untuk anda pergi sendiri dan terus beli perabot di sana sahaja.

SAYA BERAGAMA ISLAM. ADAKAH LOKASI RESTORAN HALAL, ARAH KIBLAT DAN WAKTU SOLAT DI SANA ADA DIBERITAHU DALAM PANDUAN INI?

Ya, kesemuanya ada diceritakan di dalam panduan ini.

BERAPAKAH HARGA PANDUAN INI? ADA “FREE GIFT” TAK?

Harga panduan ini buat masa ni ialah RM75 sahaja. Untuk 100 yang terawal, kami akan memberikan free gift “t-shirt eksklusif” dan “pen ajaib 4-in-1”.

JIKA SAYA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN PANDUAN INI, BOLEHKAH SAYA MENUNTUT PENGEMBALIAN WANG SAYA?

Ya, sudah tentu boleh. Kami memberikan tawaran pemulangan wang selama 30 hari jika anda tidak berpuas hati dengan panduan ini. Ia satu tempoh yang cukup lama untuk menilai kualiti sesuatu produk. Anda cuma perlu email dan beritahu yang anda mahu memohon refund. Semudah itu sahaja! Anda tak perlu pulangkan Buku & DVD yang telah anda terima. Anggap sahajalah ia hadiah ikhlas daripada kami, ok?